Berdasarkan kisah sebenar
Kisah ujian Kasih sayang seorang anak pada bapa yang ada masalah Alzheimer.
Kisah yang akan buat tersedu sedan. Filem ini kini ditayangkan di Netflix dan mendapat top 10 filem ditonton.
Sinopsis:
Memori mengisahkan tentang Dr. Hassan, seorang doktor terkenal yang disahkan menghidap Alzheimer peringkat awal. Berita ini menggoncang seluruh hidupnya. Dalam masa yang sama, anak lelakinya Imran, yang telah lama menjauh kerana konflik peribadi dan masalah rumah tangga, kembali untuk menjaga ayahnya. Percubaan Imran untuk menghidupkan kembali kenangan lama membawa mereka berdua dalam perjalanan penuh emosi, mengimbau memori indah masa lalu. Namun, usaha ini membuka luka lama, rahsia keluarga dan persoalan tentang pengorbanan.
Ketika penyakit Dr. Hassan semakin teruk, mereka perlu berdamai dengan masa lalu sebelum semua memori hilang buat selamanya. Kisah ini menggambarkan kasih sayang, kehilangan dan makna sebenar pengampunan
Pelakon:
Dato' Hilal Azman
Diana Danielle
Hisham Hamid



Comments
Post a Comment