Slot Akasia Hanya Untuk Dia




 ▶️ Saksikan #HanyaUntukDia -> Isnin-Jumaat -> 7 malam Di TV3! 

Korang boleh juga strim episod  #HanyaUntukDia 24 jam lebih awal di Tonton!

Sinopsis:

Mengisahkan Ain (Amylia Aidura), seorang gadis tabah yang kehilangan kedua ibu bapanya, memikul tanggungjawab besar menjaga abangnya, Ikram (Talha Harith), yang lumpuh dan bergantung kepada rawatan dialisis. Dalam usia yang masih muda, Ain terpaksa membahagikan hidupnya antara pelajaran, kerja dan keluarga. Pertemuan yang dipenuhi konflik dan salah faham akhirnya membawa kepada sebuah perkahwinan tanpa cinta apabila Ain terpaksa berkahwin dengan Zafran demi menyelamatkan abangnya. Namun, perkahwinan yang bermula tanpa cinta itu perlahan-lahan mengajar mereka tentang pengorbanan, penyesalan dan erti sebenar cinta.

Lakonan :

  • Aniq Suhair sebagai Zhafran Haikal
  • Amylia Aidura sebagai Ain Nuraina
  • Muaz Zabir sebagai Hisham
  • Talha Harith sebagai Ikram
  • Shaza Bae sebagai Dr. Dania
  • Wanni Ali sebagai Hana
  • Liza Abdullah sebagai Hafisah
  • Ieda Moin sebagai Mariam
  • Kazaruddin Saisi sebagai Ayah Chik
  • Dato Haris Embong sebagai Ayah Uda
  • Natasha Elyzza sebagai Nina

Arahan : Bahri Uma

Terbitan :  PENCIL PICTURES & RECORDS S/B

Penulis : Sophilea

Inspirasi Novel : Hanya Untuk Dia… Ain  Nuraina

 

Comments