Jutawan Express kembali
Musim kedua
Drama komedi 'Jutawan Ekspres 2' akan ditayangkan bermula 17 Julai 2026, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Prima. Juga boleh strim di Astro GO atau sooka.
Sinopsis:
Yusni (Elly Mazlein) dan Yunoh (Rashidi Ishak) kembali dengan tekad baharu untuk menjadi jutawan. Namun, seperti sebelumnya, perjalanan mereka tidak semudah yang disangka apabila mereka terjebak dalam satu peluang pelaburan yang meragukan. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya telah menjadi mangsa sebuah skim mencurigakan yang mungkin mempunyai kaitan dengan Amir (Bell Ngasri), seorang lelaki yang selama ini mereka percaya telah lama meninggal dunia.
Dalam masa yang sama, jiran mereka, Datuk Kadir (Azhar Sulaiman) dan isterinya, Datin Maimon (Sazzy Falak), memainkan peranan penting dalam membantu menyelamatkan rumah tangga Yusni dan Yunoh yang mula menunjukkan tanda-tanda keretakan. Ketika berdepan pelbagai cabaran dan dugaan, pasangan itu perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah kewangan serta mengukuhkan kembali hubungan mereka sebelum keadaan menjadi semakin rumit.
Pelakon Dan watak:
- Rashidi Ishak sebagai Yunoh
- Elly Mazlein sebagai Yusni
- Azhar Sulaiman sebagai Dato Kadir
- Sazzy Falak sebagai Datin Maimon
- Bell Ngasri sebagai Amir
- Azhan Rani sebagai Datuk Nino
- Alyssa Dezek sebagai Cik D
- Puteri Rafasya sebagai Yanti
- Sufi Nur Imaan sebagai Yuyu
- Samsuri Shahrom sebagai Atok
- Qistina Khaled sebagai Natasya
- Kim Azzim sebagai Yazid
- Kimberly Chuah

Comments
Post a Comment