Drama bersiri komedi romantik baharu Viu Original berjudul 'Ate Kome, I Love You!' mula ditayangkan di Viu bermula 25 Jun dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat.
Jumlah Siri 12 episod
Arahan Helmi Yusof
Sinopsis:
Permusuhan antara Mila dan Mamat bukan lahir daripada kesalahan mereka sendiri. Sebaliknya, ia berpunca daripada hubungan retak antara dua wanita yang suatu ketika dahulu merupakan sahabat baik.
Apa yang bermula sebagai perselisihan melibatkan perebutan seorang lelaki akhirnya berkembang menjadi dendam yang diwariskan kepada generasi seterusnya. Bertahun-tahun mereka membesar dengan persepsi bahawa satu sama lain adalah musuh. Namun kehidupan sering mempunyai cara tersendiri untuk mempermainkan takdir manusia.
Apabila dewasa, Mila memilih jalan hidup yang diyakininya mampu membawanya ke arah masa depan yang lebih baik. Dia berkahwin dengan Daniel demi memenuhi kehendak keluarga sebelum mengambil keputusan meninggalkan kampung halaman dan memutuskan hubungan dengan keluarganya sendiri.
Tetapi impian itu tidak bertahan lama. Rumah tangga yang dibina akhirnya runtuh. Daniel meninggalkannya dalam keadaan sarat dengan hutang dan beban kehidupan yang tidak pernah dijangka. Dalam keadaan terdesak dan keseorangan di Kuala Lumpur, Mila dipaksa memulakan hidup dari bawah sekali lagi.
Pelakon Dan watak:
- Aniq Suhair sebagai Mamat
- Bella Dowanna sebagai Mila
- Amy Mastura sebagai Jenab
- Nurel Baharin sebagai Yaya
- Ieda Moin sebagai Asmah
- Usop Wilcha sebagai Pak Samsuri
- Zul Huzaimy sebagai Jidin
- Mat Khuda sebagai Yeop
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Syarat Cinta
Artis: ALVN



Comments
Post a Comment