Telemovie Raya: Syurga yang Tersia


Saksikan Telemovie: Syurga yang Tersia di tv3.
Khamis 11 April 2024 jam 11.30 pagi. 

Sinopsis: 

Arman diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi oleh syarikatnya. Dia berusaha untuk mencari pekerjaan namun tidak berjaya. 

Isterinya Zahira mula tertekan kerana terpaksa menjadi pencari nafkah keluarga. Masalah kewangan medication Zahira membentak Arman.Sungguh dahsyat isteri Arman yang derhaka terhadap suaminya dan ibu mertuanya .Geram tengok isteri Arman melawan suaminya yang boleh digredkan sebagai suami malaikat.

Sanggup seorang isteri pukul suami dengan bekas makanan yang aluminium tu,tampar suami tolak ibu mertua dia.




Akhir sekali dah kena cerai pun tak insaf serik lagi pergi serang suami di warung ayam goreng kunyit yang mana akhir sekali dia tersadung sendiri minyak panas habis kena muka dan separuh badan
.

Ingatkan Arman kutip jaga isteri dia rujuk kembali tetapi isteri dia yang khayal konon Arman ada di sisi dia.Memang puas tengok balasan yang isteri dia terima.Dasar isteri datang dari neraka!

Rating 10/10
Credit review : kelab arman



Pelakon: Neizam Zaidi, Trisha Ooi, Iman Suhana, Khatijah Tan, Izzy Reef, Riena Amirah, Rafique Iskandar, Lienda Halim


 


Comments