FILEM GAYONG! ⚔️π₯ 1 juta sudah
“Silat Bukan Untuk Mencari Musuh, Tapi Untuk Menjadikan Bangsa Ku Ampuh” - Meor,
Setia bersama kami untuk perkembanganh terkini dan jangan lupa ❗️
Membujur lalu, melintang Patah.
GAYONG mulai 8 MEI 2025
Sinopsis:
Filem Biografi Gayong” mengisahkan perjalanan hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, yang tidak hanya mempertahankan maruah bangsa di gelanggang persilatan, tetapi juga bangkit mempertahankan tanah air ketika negara diancam oleh penjajah.Bermula era British lewat 1930 an berhijrah ke Singapura untuk merantau kemudian bekerja sebagai mekanik dalam tentera British Singapura diikuti penjajahan Jepun dalam masa sama beliau perkembangkan Silat Gayong kepada luar sana meskipun pelbagai cabaran.
Watak Dan Pelakon
- Beto Kusyairy
- Nabila Huda
- Syafie Naswip
MEOR (Beto Kusyairy) vs WAK KUSANG (Yayan Ruhian) ketika pertemuan awal mereka di Pulau Sudong. Pertarungan sebagai “salam pertemuan" antara dua pendekar.
REVIEW kedua Filem ππππππ
Daripada Patner Brader : Wahadi Sawin
Sebuah Filem Biografi yang diilhamkan daripada kisah perjalanan hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman, pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. Filem ini memaparkan perjuangan beliau mempertahankan tanah air semasa era penjajahan.
1. Perjalanan Plot yang Menarik
Sejak babak pembukaan, penonton disajikan dengan aksi pertempuran yang mendebarkan. Filem ini menghidupkan aura epik yang mirip filem IP MAN, memberikan pengalaman sinematik yang mengujakan. Aksi lakonan Beto Kusyairy yang memukau berjaya memikat hati penonton. Plot yang disusun dengan kemas menjadikan jalan ceritanya mudah difahami dan dinikmati.
2. Latar dan Color Grading yang Menawan
Berlatarbelakangkan zaman penjajahan, set penggambaran, kostum, dan budaya zaman tersebut digarap dengan sangat teliti. Ditambah pula dengan color grading yang menarik, penonton benar-benar merasa seolah-olah berada pada era tersebut, memberi dimensi realistik kepada filem ini.
3. Pemilihan Pelakon yang Tepat
Beto Kusyairy dilihat sebagai pilihan yang tepat untuk membawa watak Allahyarham Datuk Meor. Lakonannya begitu berkesan, menggambarkan pelbagai emosi dengan meyakinkan sehingga penonton dapat merasai semangat dan perjuangan watak tersebut. Begitu juga dengan Nabila Huda yang berjaya memberikan interpretasi yang mendalam sebagai Che Som, isteri kepada Datuk Meor.
4. Memupuk Semangat Cinta Tanah Air
Watak Allahyarham Datuk Meor digambarkan sebagai seorang yang kuat, berpendirian teguh, dan merendah diri. Beliau tidak gentar untuk berada di barisan hadapan dalam menentang penindasan demi agama, bangsa, dan negara. Babak-babak ini berjaya menyemarakkan semangat cinta tanah air dalam kalangan penonton.
5. Kehadiran Positif Yayan Ruhian
Yayan Ruhian, pelakon aksi berbakat dari Indonesia, menjadi nilai tambah yang besar dalam filem ini. Kemunculannya memberikan impak positif, sekali gus menjadi salah satu tarikan utama filem ini kepada peminat aksi di rantau ini.
6. Cukup Rencah Emosi
Filem GAYONG tidak hanya memaparkan aksi yang mendebarkan, tetapi turut menyentuh jiwa dengan babak-babak dramatik dan insiden tragis yang mampu mengalirkan air mata penonton. Sesekali, elemen humor diselitkan untuk mencairkan ketegangan, menjadikan filem ini seimbang dari segi emosi.
7. Sesuatu yang Hilang
Meskipun filem ini dilihat sempurna, terdapat elemen tertentu yang dirasakan kurang lengkap sehingga aku rasa ada sesuatu yang hilang. Namun ia hanyalah pendapat aku secara peribadi, namun kekurangan ini tidak mencacatkan pengalaman keseluruhan. Filem ini tetap menghiburkan dan wajib ditonton oleh seisi keluarga.
8. Filem terbaik selepas Mat Kilau
GAYONG merupakan salah satu filem Malaysia terbaik selepas Mat Kilau, dalam memupuk semangat cintakan agama, bangsa, dan negara. Tahniah kepada seluruh pasukan produksi, barisan pelakon, penulis, penerbit, dan pengarah Faisal Ishak atas usaha yang cemerlang.
Rating: 8.8/10
Comments
Post a Comment