Jiwa Seorang Pentaksub

 


Topengnya Seorang Pemimpin, Jiwanya Seorang Pentaksub!

▶️ Saksikan #JiwaSeorangPentaksub -> Mulai 1 Jun ini

Setiap Isnin-Khamis -> 10.00 Malam Di TV3 

Jumlah Episod: 25


Sinopsis: 

“Ada manusia yang terlalu sempurna di mata ramai, kerana mereka tidak pernah membuka topeng sebenar.” 


Bermula sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik berpengaruh, Firzan (Datuk Rosyam Nor) perlahan-lahan belajar bahawa kuasa mampu mengubah segalanya. Dari situlah dia mula menggunakan perkahwinan sebagai jalan untuk membuka ruang dalam dunia politik sebelum berjaya membina pengaruh dan empayarnya sendiri.


Namun dalam dunia Firzan, kuasa mengatasi segalanya, termasuk keluarganya sendiri. Kehadiran Diana (Sophia Albarakbah), seorang pempengaruh media sosial terkenal yang juga teman wanita anaknya, Aiman (Ady Mohammad), mula mencetuskan ketegangan apabila Firzan mula memanipulasi keadaan demi memiliki wanita tersebut untuk dirinya sendirim

Dalam masa sama, seorang lagi anaknya, Aidil (Shahz Jaszle), masih belum mampu menerima Firzan semula dalam hidupnya selepas sekian lama menyimpan kebencian terhadap bapanya itu.

Sementara itu, Suri (Rita Rudaini) menjadi individu paling setia yang sentiasa berada di sisi Firzan dan menyimpan terlalu banyak rahsia gelap tentang lelaki tersebut. Namun apabila topeng mula retak dan semakin banyak rahsia terbongkar, siapakah sebenarnya yang sedang memanipulasi siapa?


Menurut Datuk Rosyam Nor, Firzan merupakan watak yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan kepuasan dirinya sendiri. “Firzan ni fikir dia sentiasa rasa dia betul. Dia tak nampak dirinya sebagai penjahat dan bijak bermain dengan persepsi supaya orang percayakannya. Saya pasti penonton akan geram dan menyampah dengan sikap Firzan yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada,” katanya


Dibintangi :


@iamrosyam sebagai Firzan


@sophiekoshka sebagai Diana


@ritrud727 sebagai Suri


@shahzjaszle sebagai Aidil


@adymohammad_ sebagai Aiman


@ariffidruss sebagai Firdaus


Dan ramai lagi !







Comments