Bisikan Asmara


'BISIK ASMARA'

Di sebalik kehidupan yang kelihatan sempurna, tersembunyi bisikan hati yang mampu meruntuhkan segalanya. Bisik Asmara, sebuah drama sarat emosi tentang kesunyian, godaan dan konflik perasaan, bakal menemui penonton mulai 21 Januari hingga 10 Februari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda, TV3 atau di platform penstriman iQIYI.

Menampilkan lakonan hebat Zul Ariffin, Sophia Albarakbah dan Uqasha Senrose, drama 20 episod ini diterbitkan oleh Saphire Screen di bawah arahan Jamal Khan, serta skrip nukilan Rozie Rashid dan Zakinah Ab Zarith. Setiap episod membawa penonton menyelami kisah tiga jiwa yang terperangkap dalam hubungan penuh batasan dan dilema emosi. 



Sinopsis: 

Bisik Asmara mengisahkan Noreen (Uqasha Senrose), seorang wanita berdikari dan berkerjaya yang hidupnya kelihatan sempurna, namun dihimpit kesunyian kian mendalam. Kehidupan teraturnya mula tergugat apabila Farhan (Zul Ariffin), rakan sekerja yang berdepan masalah tempat tinggal, memerlukan rumah sewaan sementara Farhan terpaksa menjalani perkahwinan jarak jauh dengan isterinya, Sheila (Sophia Albarakbah), yang memilih untuk menetap di kampung demi menjaga ibunya Umi (Ruminah Sidek), yang uzur dan menghidap demensia. 

Kehadiran Farhan sebagai jiran, suami yang terperangkap antara

tanggungjawab dan keperluan emosi, perlahan-lahan mencetuskan perasaan yang tidak sepatutnya wujud.

Hari demi hari, Noreen semakin dekat dengan Farhan meskipun terikat dengan rasa tanggungjawab

dan kebimbangan. Tanpa disedari, hubungan yang bermula secara tidak bersalah berubah menjadi

permainan emosi, obsesi dan pengkhianatan perasaan, sekali gus menguji kesetiaan, kejujuran serta

batas moral. Dalam masa sama, Sheila yang berkorban demi keluarga mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena, membuka ruang kepada yang semakin meruncing dan keputusan keputusan sukar yang bakal mengubah hidup mereka semua.

Mampukah kepercayaan yang patah kembali dipulihkan atau adakah kesunyian akan terus menjerut jiwa?


Watak Pelakon: 

Zul Ariffin sebagai Farhan

Uqasha Senrose sebagai Noreen

Sophia AlBarakbah sebagai Sheila

Ruminah Sidek sebagai Umi

Nafiz Muaz sebagai Amirul

Nadia Brian sebagai Aida

Wanns Ahmad sebagai Nizam

Comments