Selepas kehilangan keluarga dan terjerat dalam perkahwinan yang penuh liku, Nuh dan Nayla menghadapi ujian hidup yang tidak terduga. Dari kehilangan anak hingga perpecahan cinta.
Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan, atau akankah mereka menemukan kebahagiaan dengan cara mereka sendiri? Saksikan kisah yang penuh emosi dan pengorbanan ini dalam “Nuh dan Nayla.
Nuh & Nayla
Adaptasi Novel Karya Ieya Sya
Bermula 1 Julai 2024
Setiap Isnin Hingga Jumaat Pukul 7 Malam
TV3
πSuatu ketika dulu, Nuh adalah pendosa yang membuat seorang Nayla membenci dan memandangnya dengan jijik.
Takdir menyatukan Nuh dan Nayla dalam ikatan perkahwinan yang dirahsiakan. Namun mereka memilih jalan berpisah tanpa lafaz talak. Takdir juga telah menemukan mereka dalam situasi berbeza. Antara pembantu dengan cucu majikan.
Jika sebelum ini Nuh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tapi kali ini dia cuba untuk berubah.
Kerasnya hati Nayla bagaikan besi ampuh. Malah dia tidak peduli dan menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Akur dan menghormati keputusan Nayla, Nuh terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak berdetak untuk gadis cantik itu.
Rupanya Nayla sudah tersalah langkah. Tiba-tiba dia berpaling tadah. Nuh harus dia pertahankan.
“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh.” - NAYLA
Siapa tahu di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang Nayla simpan. Ada derita yang ditanggung. Dia mempunyai kaitan dengan bakal jodoh Nuh.
Adakah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh kerana cinta, atau kerana dendam? Siapa Fatimah sebenarnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka bertahan?
Comments
Post a Comment