Khunsa Drama Ramadhan

 



Saksikan drama Khunsa lakonan jebat Azhan Rani, Laila Nasir, Sherry Al Hadad di Astro Ria Ramadhan Ini. 

Terbitan Radius One.Arahan Budak ijat

BERMULA 11 MAC 2024

SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS PUKUL 9 MALAM
ASTRO RIA

Segalanya bermula pada malam Jumaat sekitar tahun 1970.

Kelahiran Che Khun sebagai khunsa memberikan impak pada emosi bapanya Wan Jusoh yang sangat menginginkan anak lelaki. Keras dengan pendiriannya, Wan Jusoh memaksa & membesarkan Che Khun sebagai lelaki. Kesilapan yang dilakukan ini membuat hidup Che Khun merana kerana nalurinya lebih kepada wanita.


Sesudah lahirnya bayi kedunia, alunan suci iqamat atau azan akan dikumandangkan.

Jika bayi khunsa? Pertanyaan Long Hawa bermain-main di gegendang telinga, “nak iqamat ke, nak azan?” Sangat meruntun jiwa! 

Dialog antara Wan Jusoh (Azhan Rani) dan Kakaknya iaitu Long Hawa (Laila Nasir) sangat-sangat hidup, terasa macam duduk kat kampung tengah dengar maklong dan pakngaj kita sembang adik beradik. Memang menjadi! 


Spoiler alert⚠️


Diinspirasikan dari kisah benar. Seorang bayi khunsa dilahirkan, ibunya meninggal dunia selepas melahirkan bayi tersebut. 


Bayi lelaki yang ditunggu-tunggu oleh sang ayah selama ini selepas Tuhan mengurniakannya dengan 3 orang anak perempuan, harapannya tinggi mahukan anak ke-4 ini sebagai anak lelaki. Begitu juga isterinya, teringin benar mahu ‘menghadiahkan’ seorang anak lelaki buat suaminya! 


Tragis dan pilu, si ibu mati tanpa mengethui bahawa bayinya adalah khunsa. Tinggallah si bapa bersama anak-anaknya terkontang-kanting. 


Hampir sebulan terperap di rumah dan tidak membenarkan orang kampung melawat bayinya, jantina bayinya menjadi buah mulut orang kampung. 


Bagi Wan Jusoh dia perlu membuat keputusan tentang masa depan bayinya itu. Satu keputusan yang dia sendiri tidak tahu natijahnya! 


Membesarlah bayi itu sebagai seorang anak lelaki. Disayangi oleh ayah dan dua kakaknya, sangat dibenci oleh Angah, kakaknya yang merindui ibunya yang sudah tiada. 


Kisah pergelutan emosi, penerimaan masyarakat, kehilangan, kasih sayang, benci dan dendam! 


Seronok juga tengok lakonan Sherry Al Hadad, drama ini menampilkan sisi lain Sherry Al Hadad, lebih berani! Lebih segar! Lebih dark! Azhan Rani sebagai duda idaman kampung juga sangat berjaya, cuma serabut tengok wig 

Pujian harus diberikan kepada pelakon kanak-kanak untuk drama siri ini. Dari pelakon yang membawa watak Along, Angah, Ude, Che Khun dan Abang semuanya mantap! Bukan kaleng-kaleng pelakon kanak-kanak kita๐Ÿ‘ power!! 


pelakon:

  • Mikael Noah sebagai Che Khun (7 Tahun)
  • Mhia Firdaus sebagai Che Khun (14 Tahun)
  • Amalina Arham sebagai Che Khun (21 Tahun)
  • Nadia Aqilah sebagai Che Khun (35 Tahun) / Munah
  • Farah Ahmad sebagai Che Khun (50 Tahun
  • Ezu Hashim sebagai Tuyah
  • Zarif Ghazzi sebagai Naem, anak kepada Che Timah dan pencerita kisah Che Khun
  • Azhan Rani sebagai Wan Mat Jusoh, Ayah kepada Che Khun, Che Timah dan Che Midah yang tidak dapat menerima hakikat Che Khun adalah Khunsa [4]
  • Sherry Alhadad sebagai Zaiton, Isteri Wan Jusoh ke-2 yang sebelum itu seorang janda dan membenci Che Khun [5]
  • Laila Nasir sebagai Long Hawa, Mak saudara Che Khun, Che Timah dan Che Midah & kakak kepada Wan Jusoh
  • Zarina Zainoordin sebagai Sarimah
  • Rafique sebagai Bakri (7 Tahun)
  • Muhsin Nadzli sebagai Bakri (14 Tahun)
  • Aedy Ashraf sebagai Bakri (21 Tahun)
  • Fauzi Nawawi sebagai Bakri (50 Tahun)
  • Zam Azmi sebagai Shah
  • Khaled sebagai Azlan (14 Tahun)
  • Shafiq @ Aboh sebagai Azlan (50 Tahun)
  • Jeri Jamalullail sebagai Long Hassan, suami kepada Long Hawa dan abang ipar Wan Jusoh
  • Noorkhiriah sebagai pegawai stesen TV
  • Puteri Qaseh sebagai Che Timah (10 Tahun)
  • Puteri Jannah sebagai Che Timah (17 Tahun)
  • Ayu Ayuni sebagai Che Timah (24 Tahun)
  • Salsa Cella sebagai Che Midah (8 Tahun)
  • Farah Nadiah sebagai Che Midah (15 Tahun)
  • Zizi Hazirah sebagai Che Midah (23 Tahun)
  • Elly Ariffin sebagai Che Midah (30 Tahun)
  • Haura Jamalullail sebagai Che Ani (7 Tahun)
  • Kikyhannah sebagai Che Ani (14 Tahun)
  • Dina Allysha sebagai Che Ani (20 Tahun)




๐Ÿ‘‡Pengarah Shahrulezad Mohameddin terpaksa melakukan pelbagai kajian, temubual dan bertemu ramai pakar demi memastikan drama Khunsa arahannya disempurnakan dengan teliti.
Menurut Shahrulezad, antara inisiatif besarnya termasuk berulang alik ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana topik khunsa itu masih samar dalam kalangan masyarakat kita.
"Khunsa adalah skrip paling susah pernah saya buat. Ia menceritakan topik yang tak pernah disentuh dalam drama Melayu dan perlukan kajian sangat mendalam bagi memudahkan atau membantu penonton faham.
"Saya naik turun Jakim, jumpa dengan beberapa pakar, kena mencari jawapan untuk setiap persoalan. Cerita itu (khunsa) adalah eleman drama dan mendidik khalayak untuk tahu khunsa itu apa.
"Khususnya sekarang ramai yang tidak tahu. Khunsa bukan saja manusia yang memiliki dua alat kelamin tapi spektrum meluas mengenai seksual," katanya.
Shahrulezad sendiri belajar terlalu banyak ilmu baharu selepas menjalankan kajian berkenaan. Bahkan, ada kejadian membabitkan khunsa yang sebenarnya mengejutkan dirinya sendiri.
"Ada khunsa yang boleh datang haid, mengandung, cenderung kepada lelaki atau wanita. Ada khunsa yang boleh mengandung walaupun tidak lakukan hubungan seks. Itu khunsa yang memiliki dua alat reproduksi (kelamin) dalam diri.
"Itulah kebesaran Allah mencipta makhluknya yang tidak semestinya wanita ingin hamil, kena ada lelaki. Ada juga manusia yang boleh hamil dengan sendirinya. Tap,i kes ini satu dalam 10 juta?
"Dalam Malaysia tak pernah jumpa lagi dan doktor pun belum ada penemuan sebegitu. Tapi pernah berlaku pada 1700-an," katanya.
Tambah Shahrulezad, sebuah dokumentari pendek temubual golongan agama, mufti, pakar-pakar pasal kewujudan ciptaan khunsa yang istimewa itu akan ditayangkan dulu sebelum drama berkenaan.


Comments