Slot Akasia: My Lovely Driver

 




Drama yang bakal menggantikan Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah

Mulai 16/2/2024.


Sinopsis drama: 

Mengisahkan tentang Adly (Hisyam Hamid) yang masih trauma dengan kejadian kemalangan yang dialaminya lima tahun lepas dan melibatkan kematian seorang wanita. Kejadian ini menyebabkan dia sukar untuk memandu dan menyebabkan Adly menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk kemana-mana sahaja. Ketika Adly ingin menggunakan khidmat pemandu kereta sendiri itu, dia juga telah berkenalan dengan Sam (Trisha Oii).

Sam mempunyai banyak tanggungan di rumah, termasuk tanggungjawab untuk melunaskan hutang arwah ayahnya sehingga dia terpaksa mencari kerja tambahan. Sam tekad untuk menambah pendapatannya dan tidak boleh hanya bergantung kepada perniagaan atas taliannya. Jojo (Sera Melissa) memberi sokongan kepada Sam untuk menjadi pemandu E-hailing sepenuh masa sementara Jojo membantu perniagaannya.

Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang bagaikan sebuah takdir untuk mereka apabila Adly berasa selesa dengan kehadiran Sam dalam hidupnya. Dia telah mengupah Sam untuk menjadi pemandu peribadinya dan di samping itu Adly juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai perniagaan daripada Sam. Adakah akan ada Sam?


Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Sam (Samsiah)
Hisyam Hamid sebagai Adly
Razzuan Rosli sebagai Don
Silfeny Osman sebagai Intan Zara
Sefik Khair sebagai Ben
Faye Kusairi sebagai Mira
Sera Melissa sebagai Jojo
Izzendra sebagai Aini
Kween Keela sebagai Effa
Azza Elite sebagai Rohani
Ameerul Asyraf sebagai Mike
Wanns Ahmad sebagai Benji
Affizy Khairy sebagai Johan
Wan Raja sebagai Azman

Comments