Viu : pabila dia tersenyum



Drama adaptasi novel Pabila Dia Tersenyum karya Liza Nur akan disiarkan di Viu mulai 24 April 2025. Drama terbitan  Global Station ini menampilkan Amir Ahnaf, Alya Iman dan Adam Lee sebagai teraju utama.


Sinopsis:

Pabila Dia Tersenyum refleksi dunia fiksyen Elina. Kerana gilakan Irman, ibu Elina, Mirah meninggalkan keluarga. Selepas ayah saudaranya, Benson dimasukkan ke lokap, Elina yang hidup diperam benci terpaksa menjejaki Mirah. Zuhayr yang dalam perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital.


Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Bermulalah hidup kucar-kacir Zuhayr yang cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui nama atas kad pengenalan. Hadirnya Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah haru.

Watak Pelakon

Amir Ahnaf sebagai Zuhayr

Alya Iman sebagai Elina

Adam Lee sebagai Daniel

Rusdi Ramli

Marisa Yasmin sebagai Sophia

Zarynn Min

Iqram Dinzly sebagai Imran Faris

Nazrief Nazri sebagai Bahri

Jay Iswazir

Heidi Nur Aleesya




Comments