Saksikan drama terbaharu Viu Original, Cinta Dalam Sekam bakal menemui penonton bermula 16 Julai 2026 di platform Viu. Drama 12 episod terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader. Dibintangi oleh Amir Ahnaf, Siti Khadijah Halim, Haidar Hasanudin, Riz Amin, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Terperangkap antara cinta dan kesetiaan, nasib tiga insan berubah selamanya akibat satu pilihan yang menghantui mereka bertahun lamanya.
Drama ni ada Dua jalan masa iaitu tahun 1988 dan 2026.
1988,
Kisah cinta antara Imran ( Amir Ahnaf) dan Laila ( Siti Khadijah Halim). Imran ni anak kepada ahli perniagaan kilang minyak, dia bercita-cita nak jadi pengarah filem tapi ayahnya paksa dia jadi pewaris kilang minyak kat kampung. Di Kuala Lumpur, dia agak liar, masuk kelab malam, bergaduh dan berita tersebut terpapar di suratkhabar, orang kampung kenal dia sebagai anak boss kilang yang masuk surat khabar sebab gadoh kat kelab malam. Imran memang tak nak pun jadi boss kat kilang, dia tetap nak jadi pengarah filem .
Laila menumpang dirumah kakak tirinya, dia tak ada pilihan lain selain tinggal disitu disebabkan ibunya terlantar sakit. Kakak tirinya baik cuma nampak kasar, minta Laila pindah segera dari rumah dia , bawa mak kandung Laila keluar demi keharmonian rumahtangganya. Sebenarnya kak Laila tau suami nya ada niat jahat pada Laila, dia tak nak nanti Laila jadi mangsa nafsu suaminya. Dia tau dia dungu, kahwin sebab tengok kawan kawan lain dah kahwin tapi tersalah pilih suami, dapat suami kaki jvdi, biawak hidup. Dia yang kena kerja tanggung suami. Bila akak Laila tau yang Syafiq ( Haidar Hasanudin ) ada hati pada Laila, dia minta Laila kahwin dengan Syafiq dan pindah dari rumah dia.
Malangnya Laila hanya anggap Syafiq sebagai abang je, tak lebih dari itu. Laila ni seorang yang berdikari, pagi jual kuih dan nasi lemak kat kawasan kilang, bila ada masa terluang dia buat ukiran tempurung kelapa, untuk dijual. Imran yang berkongsi ' port' dengan Laila di kilang lama, memberi sokongan pada Laila dan percaya yang Laila mampu hasilkan ukiran tempurung yang cantik. Episod 1 dah nampak Laila selesa dengan Imran dan pandangan matanya pada Imran tak nampak dia anggap Imran macam abang. Beza dengan layanannya pada Syafiq, walaupun Syafiq berusaha tawan hati Laila, belikan barang dapur yang banyak untuk Laila sekeluarga, belikan ubat buat mak Laila, Laila anggap dia tak lebih sekadar kawan je.
2026,
Imran yang kini berusia, mengamok mencari cari Laila, sedangkan anak dan cucunya tak kenal siapa Laila. Mukanya nampak menyesal... Apa yang terjadi antara mereka di masa lampau?





Comments
Post a Comment