Saksikan Pondok Abuya, yang bakal meruntun jiwa, 9.00 malam di TV3. Strim juga melalui Tonton
Sinopsis:
Telefilem ini mengisahkan Bahamin ( Faizal Hussein) yang sangat menyayangi anak perempuan tunggalnya, Bariah ( Eyka Farhana) , sehinggakan kadang kala buatkan isterinya , Anum ( Vanida Imran) berasa cemburu. Bariah atau nama manjanya Yaya, sangat manja dengan Bahamin yang dipanggilnya Abuya. Kalau boleh Yaya mahu Abuya yang uruskan hal dia, siapkan dia ke sekolah, ikatkan rambutnya. Abuya mempunyai impian untuk membuka sekolah Tahfiz dan minta Yaya jadi pengajar di sekolah Tahfiz tersebut, buat masa ini Abuya mengajar kanak -kanak di kampungnya di sekolah pondok.
Yaya ni orangnya cantik dan bijak, dapat masuk Universiti. Abuya sudah bagi ilmu agama yang secukupnya buat anak tunggal kesayangannya, namun Yaya menerima kejutan budaya apabila ada abang senior yang ingin berkawan dengannya, selama ini Yaya memang jaga batas pergaulan, berpakaian labuh dan longgar tetapi setelah berkenalan dengan Emir, Yaya sudah berubah. Perlahan lahan Yaya mula bersolek, memakai baju ketat dan singkat, dan mula tinggikan suara pada Abuya.
Yaya anak kesayangan Abuya sanggup khianati Abuya dan menyebabkan impian Abuya untuk membuka sekolah Tahfiz hancur. Pondok tersebut merupakan kegembiraan dan impian Abuya kini menjadi fitnah dan pengkhianatan buat Abuya. Saya menangis tengok telefilem ini, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, berubah 100% selepas bertemu lelaki yang baru dikenalinya. Tangan Abuya yang mengikat rambut anak perempuan kesayangannya, ditepis oleh Yaya hanya kerana Abuya cuba melihat telefon bimbit Yaya. Yaya rimas kerana privasinya diceroboh oleh ayahnya sendiri 😭
Telefilem ni banyak pengajaran. Bahayanya fitnah, boleh merosakkan impian dan masa depan seseorang. Benarlah , iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
Lakonan Faizal Hussien tak perlu di pertikaikan lagi. Ekspresi wajahnya berjaya menggambarkan emosi kekecewaan, tenang dan patah hati. Menangis saya tengok dia dikhianati oleh anak sendiri tapi wajahnya tenang hadapi dugaan tersebut. Lakonan pelakon lain juga mantap, Eyka Farhana benar benar jadi anak derhaka dalam telefilem ni, rasa nak lumur cili dekat mulutnya sebab tinggikan suara pada Abuya .
Comments
Post a Comment