Siapa kata susah nak pujuk orang lelaki ni?
▶️ #AnomSuraya -> Jumaat - Sabtu jam 9 malam hingga jam 11 malam Di TV3! Korang boleh juga strim episod #AnomSuraya 24 jam lebih awal di Tonton!
Saat Hati Tak Mampu Memilih 🤍
Novel adaptasi drama ANOM SURAYA oleh Dr. Samsiah Mohd Nor
Sinopsis Anom Suraya:
Mengisahkan Anom (Daiyan Trisha), seorang gadis kampung yang sederhana, menerima tawaran bekerja sebagai caregiver di rumah Puan Raden di Kuala Lumpur demi mengubah nasib hidupnya. Di sana, Anom ditugaskan menjaga Badrol (Yusuf Bahrin), anak Puan Raden yang mengalami gangguan mental akibat dipercayai terkena sihir. Walaupun pada mulanya ketakutan, Anom berjaya mendekati dan menenangkan Badrol dengan keikhlasan serta muzik.
Apabila Badrol semakin pulih, hubungan Anom dengan abang Badrol, Bakhtiar (Idris Khan), pula semakin rapat hingga membawa kepada lamaran perkahwinan. Namun, rasa cinta dan cemburu Badrol terhadap Anom mencetuskan konflik antara dua beradik itu, ditambah dengan fitnah serta perebutan kasih yang memecah-belahkan keluarga.
Terperangkap antara cinta, rasa tanggungjawab dan belas kasihan, Anom akhirnya memilih pulang ke kampung untuk mencari ketenangan. Selepas mengembalikan cincin lamaran Bakhtiar, dia kehilangan lelaki yang dicintainya, manakala Badrol kembali tenggelam dalam tekanan emosi. Di penghujung cerita, Anom menemui seorang lelaki misteri di pantai, meninggalkan persoalan siapakah sebenarnya pilihan hatinya
Lakonan :
Daiyan Trisha sebagai Anom Suraya
Idris Khan sebagai Bakhtiar
YB sebagai Badrol
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Raden
Dr Samsiah Mohd. Nor sebagai Mak Uteh
Iman Suhana sebagai Mastura
Aznah Hamid New sebagai Mak Limah
Puteri Aszfaryna Khareeza sebagai Suzie
Halim Radzi sebagai Roy
Saliza Ali sebagai Mak Lang
Ku Faridah sebagai nenek
Dan ramai lagi....
Pengarah & Penerbit : Osman Ali
Produksi : NUANSA FILMS


Comments
Post a Comment