Saksikan pada 11 Mei, pukul 9.30 malam di saluran Okey, ditayangkan telefilem “Cinta Yang Menakluki” yang membawa penonton ke desa Kuala Pilah
Fauziah Ahmad Daud membawakan watak Mak Jah, seorang nenek penyayang yang menjaga dua cucunya, Nuha dan Hidayah, kerana kesibukan ibu bapa mereka, Amira dan Halim.
Kasih sayang antara atuk-nenek dan cucu semakin erat, namun kebahagiaan itu tergugat apabila Amira mahu menyambung pengajian ke luar negara dan membawa anak-anaknya bersama.
Mak Jah berdepan dilema apabila cucunya tidak mahu berpisah.
Demi masa depan mereka, dia berpura-pura menjadi kejam agar cucu-cucunya rela mengikut ibu bapa mereka.
Comments
Post a Comment