🔥 DRAMA BAHARU AKASIA TV3 🔥
Pengkhianatan, rahsia dan cinta yang diuji…
Inilah Drama Khianat Yang Terpilih yang bakal menggegarkan slot Akasia TV3 bermula 26 Februari 2026 📺
Dibintangi barisan pelakon mantap Ben Amir, Amyra Rosli, Puteri Aishah & Ikmal Amry, drama ini sarat dengan konflik emosi dan kejutan di setiap episod.
📌 30 episod penuh debaran
📌 Isnin – Jumaat | 7:00 malam
📌 TV3 & Tonton
Sinopsis:
Cinta pertama Ali (Ben Amir) dan Asmida (Puteri Aishah) yang terputus sejak zaman universiti kembali bertaut secara tidak sengaja selepas masing-masing membina kehidupan sendiri. Ali kini berkahwin dengan Waheeda (Amyra Rosli) dan mempunyai seorang anak istimewa, Afeeya (Falisha Naira), manakala Asmida hidup dalam perkahwinan tanpa cinta bersama Fahim (Ikmal Amry).
Pertemuan semula mereka bermula apabila Ali mengambil alih peranan menjaga Afeeya dan mendaftarkannya di sekolah tempat Asmida mengajar. Hubungan yang bermula dengan simpati dan nostalgia perlahan-lahan berubah menjadi hubungan terlarang, walaupun kedua-duanya masih berstatus suami isteri.
Kebenaran akhirnya terbongkar, menghancurkan kepercayaan Waheeda dan melukakan Fahim yang selama ini setia mencintai Asmida. Konflik memuncak apabila kedua-dua perkahwinan runtuh, dan Asmida berdepan kehilangan besar yang mengubah hala hidupnya. Di tengah kehancuran dan penyesalan, setiap watak terperangkap antara cinta lama, tanggungjawab yang ditinggalkan, dan persoalan sama ada peluang kedua benar-benar membawa kebahagiaan...
Siapakah yang benar-benar setia?
Dan siapakah pengkhianat di sebalik kepercayaaan

Comments
Post a Comment