Telefilem Mesti Tonton Syawal ini, #TerpadamnyaPelitaSyawal lakonan Fasha Sandha, Zamarul Hisham Dan Fauzi Nawawi serta ramai lagi. Akan ditayangkan di TV3.
Sinopsis:
Begitulah kasih Along terhadap Angah, semenjak kecil dia sanggup beralah agar adiknya gembira. Sehingga pada satu tahap, Angah menginginkan Aisyah untuk diperisterikan..Along tetap mengalah. Tetapi Angah tidak melayani Aishah dengan baik. Sikap panas barannya menjadi-jadi. Aishah ditalakkan sesuka hati.
Along kemudiannya menikahi Aisyah selepas ditalak tiga oleh Angah. Angah menerima berita itu dengan hati terbuka. Pada hematnya, Along berkorban sebagai "cina buta". Tetapi, bukan itu yang berlaku. Along benar-benar mencintai Aisyah dan enggan melepaskannya. Angah mengamuk, lantas menjauhkan diri dari Along.
Bagusnya telefilem ini, ia berkongsi satu ilmu yang jarang diutarakan iaitu tanda-tanda kematian dalam tempoh 100 hari, begitulah. Rasa sebak bila di penghujung kisah itu diimbas kembali kenangan Along dan Angah semasa kecil-kecil dahulu. Kasih seorang Along...sehingga di penghujung usia, yang dia harapkan adalah keampunan dari Angah walaupun jelas kesalahan itu bukanlah datang dari dirinya.
Comments
Post a Comment