Jadikan Aku Bidadari

 



Drama Jadikan Aku Bidadari

πŸ—“️ 30 Januari 2025

πŸ•°️ Isnin - Jumaat, 7:00 malam > Akasia TV3

πŸ“² Strim di Tonton

🎬 [Pelakon] Alya Iman, Nazim Othman, Farah Nabilah


Sinopsis: 

Dewi (Alya Iman), seorang anak tunggal

Dato’ Syah dan Datin Sally yang pintar dan serba sempurna, namun kurang didikan agama dan mudah leka dengan cinta.Setelah patah hati akibat kecurangan teman lelakinya dengan sahabat baiknya sendiri yang kedua-duanya

sudah lama dikenali, Dewi memutuskan untuk membawa diri sehingga bertemu dengan Najmi (Nazim Othman). 

Menariknya, mereka berdua berkongsi nasib serupa apabila Najmi juga menghadapi

kekecewaan dalam percintaan, setelah ditinggalkan oleh kekasih serta temannya sejak kecil, Ezza (Farah Nabilah).Seolah-olah takdir yang telah menyatukan mereka berdua, Dewi dan Najmi mula tertarik antara satu sama

lain dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan segera. Walaupun begitu, kehidupan mereka selepas berkahwin ternyata jauh berbeza daripada yang dibayangkan.

 Najmi, yang masih dihantui oleh kesedihan masa lalu dan dipengaruhi oleh kata-kata bapanya agar tidak menjadi suami dayus, mula menjadi obsesif dan mengawal Dewi. Keadaan bertambah rumit apabila ibu Najmi pula menyuruhnya mencari semula Ezza atas alasan tertentu. Desakan serta pengaruh orang di sekeliling menyebabkan Najmi semakin berubah dan hanyut dalam dunia

khayalannya sendiri. Dia mula melepaskan kemarahan terhadap Dewi dan anak mereka, Qisha, kerana serabut dengan hubungan yang dimiliki antara bapa mentuanya dan Ezza. Keadaan semakin parah apabila Dewi menemukan gambar-gambar lama Ezza yang menyerupai penampilannya kini, menjadikan

Dewi berasa dirinya hanyalah boneka dalam kisah cinta Najmi terhadap Ezza.


Comments