Selamat Pengantin Haru

 


SELAMAT PENGANTIN HARU ! (2025)

Drama komedi yang korang mesti tonton

Jumlah Episod: 13

Tarikh Tayangan: 9 Julai 2025

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton

Pengarah : Kyoll Hamzah

 

Mengisahkan Amelie (Janna Nick) berkahwin dengan Bazlee  (Dini Schatzmann) atas desakan keluarga, diorang bercinta pun seminggu sebelum bernikah, masih dalam fasa nak kenal hati budi masing-masing. Dugaan dalam kehidupan perkahwinan mereka, adik beradik Bazlee yang terlalu bergantung pada Bazlee dan selalu minta perhatian abangnya, selain dari dua pupu Bazlee, Ustazah Syafiqa ( Malia Baby ) yang memang ada perasaan pada Bazlee, hampir dijodohkan dengan Bazlee. 

Biasalah baru kahwin, masih dalam proses nak sesuaikan diri dengan keluarga mentua, nak sesuaikan deria rasa dengan makanan kegemaran suami, ada la perkara yang tak seronok berlaku. Namun mereka berdua sentiasa cari jalan penyelesaian. Takkan pengantin baru nak gaduh lama-lama kan.

Episode janna nick kena serang di pelamin.





Drama ni kelakar. Janna dan Dini jadi diri sendiri masa berlakon drama ni. Lawak diorang tu tak di buat-buat. Dengan Dinu nak berperibahasa walaupun bahasa melayu tak lancar.Saya terhibur dengan drama ni. Yang ustazah pun 🤣 kelakar juga, nak masa babak dia tarik rambut Amelie masa Amelie tengah bersanding 🤣 dah macam tengok pertandingan gusti. Pelakon semua masuk air 😅🤣

Kat thread ada orang komplen, kenapa kamera dia pelik dan saya check kat clip kat IG, nampak cam dia bergerak cam POV seseorang. Rupanya drama dia adalah mockmentary.

Kredit to Aiman

Mockmentary adalah spoof documentary yang dimana kita akan tengok cerita tu dari POV camera man. So sebab tu camera tu bergerak kesana sini. Lepas tu pulak ada segmen, watak tu cam di interview dan luah kan perasaan diorang.

Antara mockmentary usa yang terkenal the office,park and recreation dan jugak modern family. Kalau kat Malaysia, keluarga Iskandar. Itupun mockmentary.


So kalau korang tengok drama ni pukul 7 nanti. Dan terfikir "kenapa camera dia cam , tukang pegang tu bergerak kesana sini" 

Memang intentionally cam tu.


Comments