Episod akhir#DiaBukanSyurga. Megadrama. Astro Ria.
Jumlah episod: 32
Sinopsis:
Demi cinta yang tidak berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata hati. Meskipun dia tahu yang Tajul tu panas baran dan cemburu buta orangnya.
“Bukan itu caranya nak membuktikan sayang, Tajul. Nuha rasa terkongkong. Nak keluar rumah pun Nuha jadi takut. Segala pergerakan Nuha, Nuha kena laporkan pada Tajul. Tapi bila Nuha beritahu, Tajul tetap tak percaya juga.” - NUHA
Perkahwinan yang diharapkan bahagia untuk selamanya, rupanya bertukar menjadi neraka dunia. Namun segalanya dipendam, agar perkahwinan itu nampak bahagia dan sempurna.
“Nuha kan dah tahu yang abang ni cepat cemburu. Abang tak suka Nuha bercakap dengan lelaki lain. Bukan aje bercakap, senyum pun kalau boleh abang tak benarkan. Nuha ni isteri abang, hak abang. Abang tak suka hak abang, orang lain pun dapat. Senyum Nuha, kata-kata Nuha hanyalah untuk abang. Nuha pun tahu kan, betapa abang ni sayangkan Nuha.”-TAJUL
Puas sudah Nuha merayu, Nuha menangis, namun segalanya sudah terlambat. Dek kerana satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga.
Bertahun Nuha memulihkan diri, mengubati hati. Sehinggalah dia bertemu dengan Arham yang pernah dahulunya dia kenali. Arham yang sering membelanya, Arham yang sering cuba untuk melindunginya.
“Nuha, abang tak mahu janjikan apa-apa pada Nuha. Tapi ikhlas, di sini, dalam hati abang ni, abang ingin sekali menjadi lelaki yang akan tua bersama Nuha, lelaki yang akan melindungi Nuha dan menyayangi Nuha.”- ARHAM
Tapi bukan mudah semua itu untuk Nuha. Menerima Arham, seolah-olah menerima Tajul ke dalam hidupnya semula. Tidak! Nuha tidak rela untuk mengulang kesilapan yang serupa. Namun, di saat hatinya mula terbuka, muncul seseorang yang mendakwa Arham adalah miliknya.
“I tahu siapa you, I tahu apa yang dah berlaku. Cuma satu I nak tanya you, you ni tak ada maruah ke? You dah sumbatkan adik dia dalam penjara, dan sekarang ni, abang dia pula you cuba nak goda?”-AINA
Mampukah Arham mencairkan sekeping hati milik Nuha meskipun tahu yang bayang-bayang Tajul turut ada bersamanya? Atau mungkin juga Arhamlah syurga yang Nuha tunggu?
Pelakon:
Comments
Post a Comment