Dulu Dollah Daebak

 


DULU DOLLAH DAEBAK 

▶️ #DuluDollahDaebak -> Mulai 8 Ogos -> Isnin-Jumaat -> 7malam di slot Akasia.

Sinopsis: 

Drama ini mengisahkan Dollah / Affan ( Sean Lee) masa kecil seorang lelaki yang hensem , bijak pandai , menjadi pujaan pelajar perempuan di sekolahnya dan di panggil oppa  sebab rupa yang hensem. Di puji puji rupanya yang hensem, Daebak , Oppa. Semasa di sekolah, Dolli / Dura ( Sharifah Rose) suka kan Dollah dan berjanji dengan Dollah bila diorang besar, dia nak kahwin dengan Dollah. Kira janji mereka sewaktu di sekolah, suka sama suka. Namun mereka terpisah dan dah besar masing-masing terputus hubungan. 


Di tempat kerja Dollah tak gunakan nama Dollah , dia guna nama Affan, dia sering di buli oleh rakan sekerja kerana wajahnya jerawat. Saya tak faham kenapa orang ramai buli dia kerana muka dia berjerawat, masih hensem cuma ada jerawat je la, kalau buat rawatan, hilang la jerawat tu. Dia kerja bagus , tapi kerjanya di nafikan , rakan sekerja dan bos minta dia buat kerja dan kemudian mengaku diaorang yang buat kerja tu. Tu termasuk si Fasya gedik tu la, duk pelekeh kan Affan tu, kutuk muka jerawat tak ada orang nak, Ehh kalau Affan tu tak ada jerawat kat muka , ingat dia nak ke kat Fasya gedik ? 🥴🙄


Cerita ni santai santai, tapi banyak la pengajaran dalam drama ni. Antaranya ramai orang mengambil kesempatan pada orang yang baik dan naif. Dah la tak pandai berterima  kasih, siap ejek lagi. Jadi, jangan takut, kena berani kata "TIDAK " pada pembuli. 




Comments