Skip to main content

Drama Raya Aidil Adha: Ibu Pinjamkan

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini, syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd membawakan telefilem khas berjudul Ibu Pinjaman yang ditayangkan di saluran Astro RIA dan Astro Oasis, jam 10 pagi.
Karya ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Bell Ngasri, Hasnul Rahmat, Sherie Merlis, Amanda Misbun, Zalif Sidek dan Rahim Jailani.
Telefilem ini mengisahkan konflik jiwa dua insan bernama Rizal dan Makcik Rokiah. Rizal, seorang lelaki yang sudah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu, sering berasa kesunyian dan kekosongan dalam hidupnya.
"Di satu sisi lain, Makcik Rokiah, seorang wanita tua yang hatinya hancur merindukan anak kandungnya. Dia menjalani hari-hari yang penuh kesepian.

Comments