Episode Akhir. Trending Drama
drama bersiri bertajuk Lelaki Melayu Terakhir arahan Amor Rizan akan datang di slot Akasia TV3!
Dibintangi Oleh Fattah Amin, Wanna Ali,Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Zarul Imran,Umie Aida,Liza Abdullah ,Fazlina Ahmad Daud,Nabil Aqil Dan Ramai Lagi!
Drama ini akan bersiaran bermula 5 Ogos 2024, Setiap Isnin Hingga Jumaat Pukul 7 Malam .
Sinopsis
Mengisahkan tentang Jazlan (Fattah Amin) yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.
Manakala, Kasih (Wanna Ali), seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri.
Alawiyah (Umie Aida), ibu Jazlan, dan Khatijah (Liza Abdullah), ibu Kasih, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka.
Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Kasih tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.
Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah. Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.
Kedua-duanya bertemu apabila ibu mereka memutuskan untuk menghantar Kasih ke Madinah untuk memikat Jazlan selain dengan alasan mahu menghantar barangan keperluan dan membantu Kasih menunaikan Umrah.
Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah untuk menjodohkan anak mereka berjaya?
Kredit: TV3 Malaysia
Comments
Post a Comment