Episode Akhir Hati Tercarik Luka


Adakah Dani dan Eyda kembali bersama? 

Nantikan episode akhir Hati Tercarik Luka


Ep 14


Maya tak habis menyakiti hati. Katanya Dani sedang uruskan hal cerai dengan Eyda. Walhal Dani menyesal tak terkira tindakannya ke atas Eyda. Dia Cuba memujuk Eyda untuk rujuk semula.Walaupun Eyda akur dengan syarat untuk kembali tinggal di rumah mereka, tapi Eyda kelihatan enggan beri peluang untuk kembali ke pangkuan Dani. Maya memerli Dani yang Baru pulang dari rumah Eyda.Suatu Hari Maya terkantoi dengan Dani ketika memuja.






Episode 15 

Maya kini buntu selepas Dani menceraikannya. Dia membuat keputusan menculik Ara.


 Eyda panik selepas Ara hilang dan menghubungi Dani mencari Ara. Dani merayu pada Eyda untuk memaafkannya.


Dani akhirnya pulih dari kesan sihir setelah Eyda sama-sama membantunya berubat. Ini memberi harapan pada Dani untuk kembali bersama Eyda. Dani terus memujuk Eyda untuk kembali bersama.





Eyda Cuba untuk mempertimbangkan permintaan Dani.Namun, hatinya sudah Tercarik luka. Eyda lebih senang bersendirian. Maya akhirnya ditahan kerana terlibat dalam kes penculikan Ara.



Tamat.
Puas Hati dengan Ending.


Comments