Nafsu - VIU

 


Nantikan drama terbaharu Viu Original, 'Nafsu' menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal, Vanidah Imran dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Sein Qudsi terbitan Infinitus Films.

Sinopsis:

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itu, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan. Namun hakikatnya, Sam mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tetapi dia menolak kepercayaan itu kerana padanya ia adalah satu sumpahan. Apabila Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta pertolongan mencari adik perempuannya yang hilang, Sam terima dengan hati yang berat. Namun, pencarian itu membawa mereka bertemu dengan satu kumpulan ajaran sesat, yang diketuai oleh seorang yang jahat. Sam bakal diduga dengan perkara-perkara yang di luar jangkaan akal.

Comments