Sudah tengok di Tonton kan..apa kata tengok balik dekat TV3 !
Bermula harini 27 Februari 2024 Isnin Hingga Khamis Pukul 6 Petang π€β€οΈ
jangan lupa tengok okay
Sinopsis
πIbu bapa Khalish (Mimi Lana) mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir (Zul Ariffin).
Walaupun pada mulanya Tengku Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya. Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka.
Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira (Siti Hariesa). Emir melayani Seira sama seperti dia bersama dengan Khalish, penuh dengan kasih sayang. Khalish berasa sangat dikhianati, malah jatuh sakit akibat tekanan yang melampau dan kehilangan anaknya dalam keguguran.
Khalish kemudiannya menuntut cerai dengan bantuan Aryan, seorang Peguam Syariah yang juga rakan zaman kanak-kanaknya. Selepas bercerai, Khalish membina sebuah organisasi untuk memperjuangkan pemerkasaan wanita. Dia menjadi terkenal kerana sifat lantang mempertahankan hak wanita.
Jumlah Episode: 30
Pengarah: Erma Fatima
Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Pelakon:
Zul Ariffin sebagai Nazril
Mimi Lana sebagai Adra Zulaikha
Siti Hariesa sebagai Seira
Amar Asyraf sebagai Aryan
Comments
Post a Comment