Slot Akasia: Aku Bukan Ustazah


 Jiwa mereka jauh berbeza, namun dipertemukan untuk mencari makna sebuah kehidupan. Aku Bukan Ustazah.

Drama Adaptasi Novel
▶️ #AkuBukanUstazah -> Mulai 3 Mei -> Isnin-Jumaat -> 7malam di TV3!

 Sinopsis:

Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh. Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?
Pelakon:
  • Erysha Emyra sebagai Aminah
  • MK K-Clique sebagai Adam
  • Zahiril Adzim sebagai Omar
  • Raden Zaharatul sebagai Sally
  • Shaza Bae sebagai Sam
  • Qistina Khaled sebagai Zaza
  • Fikhree Bakar sebagai Aslam
  • Ahmad Syafiq sebagai Azhar
  • Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad
  • Fadilah Mansor sebagai Ustazah

Comments