Filem Rosyam Noor Memoir Seorang Guru





MEMOIR SEORANG GURU bakal ditayangkan di pawagam 2024. Wajib tengok.

Sebuah filem adaptasi novel Azizi hj Abdullah diterbitkan TanahMerah Ventures dengan kerjasama dan sokongan KalamAriff Holdings Sdn Bhd. ( Produksi yang menerbitkan filem Duan NagoBogho ).

Filem ini mendapat sentuhan DOP terbaik Mohd Nor Kassim dan diarahkan Kyool Hamzah.

Nantikan kisah sedih dan airmata lakonan Datuk Rosyam Nor sebagai Cikgu Sunan yang menyedarkan kita bahawa guru bukan sekadar pengajar, malah pendidik dan murabbi.Naskah yang dinanti oleh semua yang pernah bergelar murid dan guru. Mendapat sentuhan penulis skrip terbaik Maizura Ederis dengan barisan pelakon kanak-kanak dibantu Nabila Huda, Johan As' ari, Trisya Ooi, Zulhuzaime, Elly Suraiti, Jesse Lim dan Haris Hamdan.

Kalau tengok tajuk dan trailer nampak macam level telefilem dan untuk tayangan dekat TV je tapi gais bila aku tengok memang padu gak dari segi jalan cerita 🔥


Mengisahkan Sunan lakonan Rosyam Nor seorang guru .dia dikenali dengan sifat panas baran.Cikgu Sunan ni baru ditukarkan dari sekolah bandar ke sebuah sekolah rendah di kawasan pendalaman.

Beliau jugak membawa anak perempuannya bernama Kamariah untuk belajar di sekolah tersebut ..

Di sekolah itu,Cikgu Sunan mendapat tugasan berat untuk membimbing pelajar di kelas yang paling mendapat tempat tercorot dalam pembelajaran. agak nakal lagi .. 

Okey, keseluruhan jalan cerita ni bagi aku puas hati .. Rosyam Nor memang masterpiece jayakan watak Cikgu dalam filem ni ! terbaiklah 👍

Banyak babak dalam filem memang memberikan nostalgia pada zaman sekolah terutama bab penampar atas meja itu fuh..waktu zaman sekolah kan macam2 ada perangai 🤣 

Aku tabik jugak lakonan budak2 dalam filem ni.. pandai ya dorang berlakon! 

Psstt sediakan tisu kalau tengok filem ni kalau hayati betul2 memang mengundang bawang! 

Overall aku rekomen korang tengok filem ni di pawagam.boleh la ajak satu keluarga ke tengok sama2 ya..


Credit pd kasman



Comments