Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

 



Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi versi Malaysia

Pengarah: Michael Ang

Sinopsis drama asal Jepun: 

Hiiragi adalah seorang guru di Sekolah Tinggi Kaio, sekolah di mana salah seorang muridnya Kageyama Reina membvnuh diri.

6 bulan selepas kem4tian murid cemerlang renang tu, Hiiragi memohon menjadi guru kelas 3A, kelas mendiang yang juga diduduki beberapa pelajar bermasalah. Memegang karakter seorang guru yang lemah lembut, pelajarnya sering membuli Hiiragi dan tidak menghormati kehadirannya sebagai guru kelas tersebut.





Tapi tanggal 1 Mac 2019, tanpa disangka, Hiiragi telah mengunci dan mengeb0m bangunan sekolah yang menghubungkan kelas 3A dengan bangunan lain, lalu menjadikan 29 anak muridnya sebagai t3busan dengan alasan, mencari punca kem4tian Reina.


Boleh kata, Hiiragi adalah Lelouch (Code Geass) versi guru sekolah, yang cuba melakukan apa saja yang perlu demi mendapat kebenaran. Setiap yang berlaku dalam rancangan, walaupun ada ‘hiccup’ di sini sana, beliau masih memegang tongkat kuasa. Watak beliau hidup sebagai guru berkaca mata yang nampak lemah, menghidap penyakit yang mengancam nyawa, tapi masih mampu memberi penumbuk dan penerajang sedas dua.


Walaupun dalam keadaan mengugut keselamatan 29 muridnya, Hiiragi tetap meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan subjek yang diajarnya adalah KEHIDUPAN. 

Hiiragi juga sanggup menanggung segala jenayah, walaupun murid-muridnya sedar niatnya yang murni demi membersihkan nama mendiang. Beliau tak sekali membenarkan seorang pun muridnya mengaku bahawa antara mereka sudah berbaik pada akhirnya, kerana tak mahu mereka dipersalahkan sebagai bersubahat.

Dan sebenarnya, drama ni memberi pengajaran sosial terhadap budaya media sosial. Dalam siri ni diceritakan ada media sosial (atau SNS dalam slanga Jepun/Korea) yang dinamakan Mind Voice. Tempat luahan perasaan remaja seperti Twitter, cuma antara muka pengguna yang berbeza, dalam bentuk awan minda.


Tapi reka bentuk tu yang memberi impak dalam imej media sosial sebagai perosak dalam drama ni. Nampak kesannya, semacam kutukan/bahan yang divisualkan bertalu-talu datang kepada seseorang apabila sesuatu isu menjadi tular.

Dan dari kesan tular itulah, Hiiragi cuba menyelesaikan misteri kem4tian Reina. Seringkali menggunakan kuasa netizen di Mind Voice sebagai hakim, dia berpuas hati melihat kesan dan akibatnya kepada dirinya, dan terutama kepada anak-anak muridnya.

Di pengakhiran cerita, Hiiragi berhadapan sendiri dengan para netizen melalui video siaran langsung Mind Voice. Memberi syarahan terakhir, sedaya upaya memberi kesedaran kepada penontonnya – setiap kata terluah, setiap komen tertaip, mampu menambah baik kehidupan seseorang, juga mampu memburukkan dan membvnuh kehidupan yang lain.

Pembvnuh sebenar Kageyama Reina bukanlah rakan sekelasnya, mahupun pemfitnah pengedit video semata-mata, tetapi setiap bait kata dari orang asing yang langsung tak mengenali mendiang, tapi cuba untuk menambah rencah memburukkan keadaan demi kepuasan. Asal dapat komen meluah marah, tapi tak fikir kesan dan akibatnya.

Ingatlah, kata-kata kalian boleh membvnuh. Sebelum menulis, fikir dahulu. Saidina Ali pun pernah berkata, sebatang pen lebih tajam dari sebilah pedang.


Comments