Noktah Dosa

 



Hidayah, Cinta & Pengampunan 

Noktah Dosa Arahan Fattah Amin Papar Naratif 

Dari Lorong Gelap ke Cahaya Ilahi

Sinopsis 

Noktah Dosa membawa penonton mengikuti perjalanan Hafiz (Nafiz Muaz), seorang pelajar pascasiswazah jurusan sosiologi yang sedang menjalankan kajian tentang dunia pelacuran. Penyelidikannya membawanya ke lorong-lorong gelap ibu kota, lalu menemukannya dengan Kamelia (Datin Elvina Mohamad), seorang wanita yang terperangkap dalam dunia hitam bukan atas kehendaknya. Tersentuh dengan kisah silam Kamelia, Hafiz nekad mahu membebaskannya daripada cengkaman Madam (Jasmin Hamid), ibu ayam yang mengawal seluruh hidup wanita itu. 



Namun, dalam dunia yang penuh duri dan luka lama, mampukah mereka berdua menemui jalan keluar? Dan sekuat manakah Kamelia mampu melepaskan diri daripada belenggu masa lampaunya?

Watak: 

HAFIZ - Seorang pelajar pascasiswazah jurusan sosiologi yang sedang menjalankan kajian tentang dunia pelacuran. Penyelidikannya membawanya ke lorong-lorong gelap ibu kota & menemukannya dengan Kamelia escort kelas atasan mempunyai sebab menjadi escort. Pada awal projek kajian. Hafiz tidak mempunyai tujuan jelas tetapi selepas bertemu Kamelia dan ditegur Kamelia juga dipow beribu ribu ringgit. Hafiz mula sedar kajian sebenarnya untuk apa...


CAMELIA - Seorang wanita kampung yang terperangkap dalam dunia hitam bukan atas kehendaknya. Selepas bercerai dengan suaminya dan nak dijadikan drama sangat. Sedang berjalan jalan jumpa pulak rumah mak ayam yang tidak suka dipanggil makcik tetapi mengelarkan dirinya MADAM. Bertemu Hafiz mula mula benci. Siap ugut nak 5 k tetapi angin berbisik. Dan dengan pujukan Madam bersetuju untuk ditemubual Hafiz. Dalam seisi interview. Camelia sakit hati dengan satu ayat Hafiz menyebabkan CAT ( nama glamor) keluar rumah hempas pintu dan balik menangis dalam bilik air... Dan akhirnya...


MADAM - Ibu ayam yang mengawal wanita wanita naif termasuk Kamelia atau CAT. Berpura pura baik dengan menumpangkan Kamelia.. siap bagi makan nasi putih daging harimau menangis tetapi hidang air sejuk Coway untuk kesihatan katanya.. Madam wanita berjiwa keibuan tetapi bukan ibu ibu biasa. Ibu ayam yang sentiasa kelihatan cantik. Di sebalik kecantikan dan ketegasan. MADAM tidak suka dipanggil akak atau makcik.. jatuh image katanya. Mengetahui Kamelia baik dengan Hafiz. Madam mula berusaha sedaya upaya supaya... 

Credit to Amier Razif 

    

Comments