Hilang Dalam Rindu 2

 


HILANG DALAM RINDU 2' KEMBALI MENCUIT HATI, JAZMY & TRACIE TEMPUH CABARAN BAHARU JADI IBU BAPA! Siri mini raya, Hilang Dalam Rindu 2 bakal ditayangkan bermula Hari Raya Pertama hingga Hari Raya Kelima, jam 10.30 pagi di TV3


Selepas kejayaan musim pertama yang memperoleh 9 juta tontonan di televisyen dan 1.5 bilion capaian di media sosial, kisah cinta Aira dan Eijaz kembali menyentuh hati penonton menerusi sambungan drama Hilang Dalam Rindu 2 , yang akan ditayangkan bermula Hari Raya Pertama bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Raya dan kempen Ramadan Raya 2026.

Sinopsis:
Cerita bermula dengan detik cemas apabila Aira selamat melahirkan anak pertama mereka, Eirman. Namun pengalaman hampir kehilangan Aira (Tracie Sinidol) ketika bersalin meninggalkan trauma mendalam dalam diri Eijaz (Jazmy Juma).

Sejak itu, kehidupan mereka sebagai ibu bapa baharu dipenuhi cabaran apabila Eijaz menjadi terlalu melindungi, manakala Aira pula berusaha membuktikan dirinya mampu mengurus keluarga dengan caranya sendiri.

Perbezaan pandangan antara mereka sering mencetuskan pertengkaran kecil, walaupun diselangi detik manis dan lucu dalam kehidupan rumah tangga. Ketegangan semakin terasa apabila kisah silam kembali menghantui keluarga mereka, termasuk kemunculan individu yang pernah melukai hidup mereka sebelum ini.

Comments