5 Bomoh


‼️  5 BOMOH ‼️

Bila lima bomoh berkumpul… bukan makin tenang, tapi makin kecoh 🤪

Akhirnya siapa rawat siapa?


Sinopsis: 

 Mengisahkan Rashdan, seorang ahli perniagaan yang terlalu percaya kepada amalan tahyul warisan keluarga. Berbeza dengan isterinya, Sakinah, yang lebih berpaksikan sains dan doa sebagai jalan utama dalam kehidupan


Konflik mula jadi lebih tegang bila anak mereka, Nisa, gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM. Rashdan yang terlalu obses mahu anaknya sambung belajar ke luar negara akhirnya mengambil keputusan ekstrem membawa keluarganya menjelajah seluruh negara mencari bomoh terbaik demi memastikan keputusan SPM anaknya berubah.

Tapi macam biasa, bila terlalu terdesak, ramai pula “penyelamat” muncul. Sepanjang perjalanan itu, mereka bertemu pelbagai bomoh dan dukun pelik yang rupanya hanya scammer mengambil kesempatan terhadap ketakutan dan harapan orang lain.


Diarahkan Oleh @syedfar1z

Barisan pelakon:
@aarondwiaziz @schaalyahya @ungkuhariz @khairykj @afdlinshaukiofficial @akuamysearch @aedyxashraf @jozlynnhanania @tiarasurayarose

5 BOMOH, DI PAWAGAM 4 JUN INI ‼️


Comments