Slot Akasia: Perempuan Tidak Ternikah



 Mengisahkan Keisya (Elizad Sharifuddin), seorang gadis yang dibesarkan oleh neneknya selepas ibu bapanya berpisah. Manakala, tunangnya, Adli (Ali Reza), menjadi satu-satunya tempat Keisya bergantung harap apabila ayah kandungnya, Malik (Kaza), cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

 Sinopsis:
Namun, kehidupan Keisya terus diuji apabila terbongkar rahsia silam yang dia sebenarnya adalah anak luar nikah.
 
Lebih menyayat hati, Malik sanggup menuntut wang sebagai syarat untuk menandatangani surat pengakuan pernikahan.
 
Demi cinta, Keisya dan Adli nekad bernikah di Siam. Namun kebahagiaan itu hanya seketika. Neneknya meninggal dunia akibat serangan jantung, manakala Adli pula maut dalam kemalangan jalan raya.
 
Kehilangan dua insan tersayang membuatkan Keisya jatuh ke lembah kemurungan, lebih perit apabila keluarga Adli menolak dirinya bersama zuriat yang dikandungnya. Dalam keadaan hampir berputus asa, Keisya diselamatkan oleh Rayyan (Yusuf Bahrin), seorang lelaki yang membantunya bangkit dan memulakan hidup baharu di rumah kebajikan.
 
Mampukah seorang bakal ibu bangkit apabila segalanya dirampas daripadanya? Bolehkah hati yang terluka kembali percaya pada kebahagiaan?
 
Walaupun benih cinta mula berputik, trauma masa lalu membuatkan Keisya menepis perasaan itu dan memilih untuk melarikan diri.
 

Sinopsis Novel Perempuan Tidak Ternikah

Keisya ditinggalkan saat paling perit, ketika diri sarat mengandung. Dikhianati dan dianiaya oleh mereka yang sepatutnya melindungi, sehingga kehilangan anaknya yang baru lahir di muka bumi.

Tahun demi tahun, dia terkurung sebagai ‘Perempuan Tak Ternikahi’ sehinggalah Ringgo muncul untuk mengubah segalanya. Keisya cuba bangkit semula sebagai Riana.

Namun luka lama kembali menghantui, sehingga meledakkan dendam paling bahaya yang selama ini cuba dipendamnya.

Seorang demi seorang, mereka harus membayar semuanya. Dengan air mata, darah dan nyawa.

Comments