PENUH tragis dan dibanjiri dengan air mata, itulah kehidupan Zulaikha lakonan Wanna Ali dalam drama Setiaku Berdiri yang kini hangat ditayangkan di Astro Prima.
Suami ‘hilang’ selepas mengalami kemalangan, Zulaikha nekad menjejaki Kamal (Nazrief Nazri) yang hilang ingatan selain sudah berkahwin dengan wanita lain.
Zulaikha tekad ke bandar untuk mencari waris keluarga 'arwah' suaminya untuk menuntut sah taraf kewarganegaraan anaknya, Mikael. Namun, secara tak sengaja Zulaikha bekerja dalam rumah bekas ibu mertuanya.

Comments
Post a Comment