Selepas 16 tahun menyepi daripada drama bersiri, Que Haidar akhirnya kembali ke kaca televisyen menerusi Pak Su Ammara
Nantikan drama adaptasi novel Pak Su Ammara karya Marissa akan disiarkan di Astro Ria bermula 5 Januari 2026 pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam juga boleh strim di Astro GO dan sooka. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Azri Izhar. Dibintangi oleh Que Haidar, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly dan Zaleha Iman Zainal.
Jumlah episode : 20
Sinopsis:
Miza nekad minta cerai apabila Wafiy menuntut hak sebagai suami untuk berpoligami. Dalam mendapatkan kembali kepercayaan Ammara, Pak Su membantu Miza memperjuangkan haknya - tanpa disedari Miza menjadi penyembuh kepada trauma lama yang menghantui Pak Su.
Review
Que bukan pelakon yang kejar populariti cepat. Dia pilih kualiti berbanding kuantiti, dan watak Firdaus atau Pak Su membuktikan kenapa namanya masih relevan. Watak ini matang, tenang, tidak klise — hadir sebagai sokongan emosi dalam kisah seorang wanita yang berani keluar daripada perkahwinan toksik dan membina hidup baharu sebagai ibu tunggal. 💔➡️🤍

Comments
Post a Comment