Drama Sumpah Ibuku (TV3)
Bila cinta diuji fitnah dan sihir…
Husna & Hadith, mampukah rumahtangga mereka bertahan?
Husna & Hadith, mampukah rumahtangga mereka bertahan?
Nantikan drama bersiri 'Sumpah Ibuku' akan disiarkan menerusi slot akasia TV3 bermula 19 November 2025. Drama 20 episod terbitan Saphire Screen Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Remy Ishak dan Izara Aishah sebagai pelakon utama.
Sinopsis:
Husna, seorang ibu tunggal yang tabah berkahwin semula dengan cinta lamanya Hadith namun berdepan dengan penolakan dan kezaliman ibu mentuanya, che yam. Ibu mertuanya bersama adik iparnya Syafiqah menggunakan sihir dan fitnah untuk memisahkan mereka.
Walaupun dilayan teruk, Husna tetap melayan dan menjaga bapa mentuanya yang lumpuh dengan penuh kasih sayang, Apabila fitnah semakin memuncak, Hadith mula meragui kesetiaanya,memaksa Husna pergi. Dengan sokongam rakan-rakan - Husna kembali bangkit dan kebenaran jahat Che Yam dan Syafiqah akhirnya terbongkar.
Watak Pelakon
Izara Aishah sebagai Husna
Remy Ishak sebagai Hadith
Zara Zya sebagai Syafikah
Lizza Abdullah sebagai Che Yam
Syazwan Zulkifly sebagai Zaim
Syad Mutalib sebagai Nurul Iman
Rahim Omar sebagai Haji Zakaria
Wilma Muhammad sebagai Zahiria
Aleza Shadan sebagai Alma
Ieda Moin sebagai Mak Uda
Ako Mustapha sebagai Ustaz Hanafi
Mia Nasir sebagai Farhana
Nik Rifaie sebagai Hilman
Anies Hann sebagai Elin
Zaleha Iman sebagai Lutfia
Sayf Mikael sebagai Zarin



Comments
Post a Comment