Bintang Di Langit Syawal
Drama ni drama kemasyarakatan, kisah kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan lorong, yang kebanyakkannya terjebak dengan pelbagai masalah sosial. Syawal ( Adam Lee) remaja nakal yang tinggal di rumah anak yatim. Suatu hari berlaku satu insiden, pergaduhan antara Syawal dan rakan di rumah anak yatim yang mana rakan tersebut ejek yang syawal ni merupakan anak pelacur.
Perkara tersebut buatkan Syawal nekad nak tahu asal usulnya, siapa ibu bapanya dan dia nekad pergi ke Kuala Lumpur berdasarkan maklumat yang dia dapat di pejabat rumah anak yatim tu. Sesampainya di Kuala Lumpur, Syawal terkejut bila mengetahui yang Latif ( Azhar Sulaiman ) merupakan ayahnya. Perwatakan Latif seperti pond4n tua buatkan Syawal tak dapat terima hakikat , ayahnya sebegitu. Pelbagai kejadian berlaku, sehinggalah Syawal dapat terima ayahnya dan tinggal dengan ayahnya. Syawal juga dapat terima hakikat yang ayahnya menghidap HIV.
Drama ni sedih, lakonan Azhar Sulaiman memang mantap, dia betul betul menjiwai karekter. Adam Lee memang anak yang degil, tetap dengan pendirian dia nak tinggal bersama ayahnya walapun ayahnya minta dia pulang ke rumah anak yatim sebab takut dia terjebak dengan aktiviti yang tak elok di Kuala Lumpur.
Lakonan semua pelakon bagus baik dari pelakon utama hingga ke pelakon tambahan. Min dapat rasakan emosi mereka. Tak ada la yang berlakon , muka tak ada ekpresi muka, bercakap pun gaya baca skrip tanpa emosi.
Selain tu terselit juga kisah cinta. Kali ni anak orang kaya jatuh cinta dengan anak pond4n tua. Bukan tipikal cerita anak CEO Megah Holding yang sebelum sarapan tak minum jus oren, roti bakar dan sarapan yang penuh meja dengan alasan dah lambat, pagi ni ada mesyuarat ๐ kali ni mak halang anaknya bercinta dengan anak pond4n tua. Siapa bawak watak mak? Jasmin Hamid, berapi api dia marah, dia ulang ayat pond4n tua, bergegar satu flat dengar suara amukan dia.
.
tonton bintang di langit syawal


Comments
Post a Comment