Filem Blood Brothers : BaraNaga







 ππ‹πŽπŽπƒ ππ‘πŽπ“π‡π„π‘β€™π’ – 𝐅𝐒π₯𝐞𝐦 π“πžπ«π›πšπ’π€ 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐒π₯𝐚!

Cinematographyβœ…

Choreography βœ…

Action-packed βœ…

Writing βœ…

Casting βœ…

Script delivery βœ…

Syukri Yahya βœ…

Sebuah filem aksi drama arahan Syafiq Yusof bersama Abilash Chandra, mengisahkan tentang Ghaz dan Arif lakonan Sharnaaz Ahmad serta Syafiq Kyle.


1. Mereka berdua datang dari keluarga bermasalah, hidup susah dan penuh konflik. Perjalanan hidup itu akhirnya menjadikan mereka rapat, sehingga menjadi bodyguard kelas atasan yang menjaga orang-orang kenamaan.


2. Namun, satu pengkhianatan dan insiden besar telah berlaku, menyebabkan hubungan akrab sebagai "abang-adik" bertukar menjadi permusuhan penuh dendam dan sakit hati.


3. Koreografi pertempuran sangat kemas tak shaking, sedap ditonton, dan setiap pergerakan nampak real serta terasa impaknya, terutama bila ditonton dalam cinema.


4. Susunan plot teratur, jadi senang nak faham jalan cerita walaupun pacing agak laju. Ada beberapa flashback, jadi kalau hilang fokus sikit, boleh jadi lost. ada plot twsit.


5. Ini bukan sekadar cerita aksi atau gangster semata-mata. Filem ni bawa tema hubungan adik-beradik, keluarga, kasih sayang dan sifat kemanusiaan.


6. Yang paling aku suka, dialog dalam filem ni sangat neutral, menggunakan bahasa pasar 95%, tak ada langsung β€œlu gua” atau bahasa gangster macam zaman filem dulu-dulu.


7. Barisan pelakon semuanya tip-top dan menyengat. Aku puji habis sebab setiap karakter yang dibawa tu memang sampai dan dirasai.


8. Fokus aku sebenarnya lebih kepada Shukri Yahaya, memang minat lakonan dia sejak banyak keluar dalam drama TV pukul 7. Dalam BB ni, aku memang tak salah orang! Meremang tengok watak yang dia bawa.


9. Filem ni jadi lebih sempurna dengan kehadiran watak JAKI, lakonan Syazwan Zulkifly, dia betul-betul jadi pelengkap cerita dengan babak-babak yang melucukan dan menceriakan, cerita jadi lebih enjoy dan tak serius sangat.


10. BLOOD BROTHER’S memang filem terbaik dan gila setakat ni. Kredit penuh untuk penulis, pengarah, serta seluruh barisan pelakon, dan krew produksi. Salute!


Rating: 9/10

Wahadi Sawin


Watak Dan Pelakon





Comments