Drama Raya: Ayah Jangan Nangis

 



Nantikan sebuah Telemovie Raya arahan @isseyfazlisham berjudul “AYAH JANGAN NANGIS” bikin nangis 

4 Syawal 1446 | 3 Petang 


Sinopsis: 

Mengisahkan Haikal ( Faizal Hussin) yang berkahwin dengan Shuhada ( Nadia Aqilla) dan dikurniakan dua orang anak. Kehidupannya sebagai pemandu lori dan menanggung adiknya , seorang autisme , Amran ( Nadhir Nasar) yang agak besar belanja rawatannya buatkan dia kadang kala mengalami masalah kewangan. 


Shuhada sudah bersabar selama belasan tahun, akhirnya dia meletopp dan meluahkan yang dia sudah tidak mahu hidup susah lagi, sudah lama dia bersabar dan dia ingin tinggalkan kehidupannya yang miskin. Dia meminta cerai dari Haikal. 


Jalan cerita 'straight forward' di ceritakan kisah kehidupan Haikal selepas dia bercerai. Dan saya rasa saya dapat jangka apa yang terjadi di akhir cerita, tapi sangkaan hampir tepat cuma ditambah lagi kejutan yang buatkan saya menangis. Pengakhiran yang sedih, selalu orang nak kan jalan cerita yang gembira kan sebab kisah kehidupan sebenar pun dah sedih. Tapi itulah, pengakhiran cerita ni yang sedih buatkan saya terfikir watak yang meratapi kesedihan tu, apalah yang akan terjadi pada watak tu 😭 cerita ni mungkin pada orang lain biasa saja, ye la sebab realitinya ramai je perempuan yang tak sanggup hidup susah, yang buatkan saya menangis tu, pengakhiran cerita nya, pandai pengarah bermain dengan kamera buatkan saya meneka neka adakah sangkaan saya tepat atau tak. Termenung juga lah saya tengok kesudahan cerita ni 😭


#MeowReview


Pelakon: 

Faizal Hussein

Nadhir Nasar

Nadia Aqilah

Comments