Polis peronda TV3

 


Polis Peronda 'Ranjau Jalanan'

Bermula 28 Jun 2024

Setiap Jumaat Pukul 10 Malam 

TV3


๐Ÿ‘‰Drama Polis Peronda mengisahkan pengalaman dan cabaran Unit Kereta Peronda (MPV) PDRM dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam dunia kepolisan. Kisah-kisah kehidupan, kerjaya, dan isu-isu semasa yang berkaitan Dengan jabatan polis dan keluarga akan diberikan tumpuan. Walaupun mereka polis peronda, mereka juga manusia biasa yang berhadapan dengan pelbagai masalah keluarga.


Koperal Bani (Shah Iskandar), seorang ahli pegawai Unit MPV komited dengan tugasnya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Ketekunan dan sikap disiplin Koperal Bani dalam menjalankan tugasnya juga disenangi anggota dan pegawai polis yang lain. Dalam sebuah operasi, Koperal Bani dan Lans Koperal Amar (Raja Afiq) dari unit MPV memburu sebuah kereta yang dipandu laju dalam keadaan mencurigakan. Setelah menahan kereta tersebut, rupanya pemandu adalah seorang lelaki remaja, Aiman yang berusia 16 tahun.  Ibu Aiman dipanggil ke balai untuk memberi keterangan. Dalam pada itu juga Lans Koperal Ali (Arwan Umar) dan Husin (Kodi Rasheed) dari unit rondaan bermotosikal (URB) berhadapan dengan kes-kes ragut. Dalam masa yang sama, Inspektor Sarah (Puteri Sarah) pula sering ditegur oleh ASP Danial (Ali Reza) supaya mengawasi tugasan anggota bawahannya.


Kredit: TV3 Malaysia

Comments