Musim kedua drama yang ditunggu! Nantikan Februari ini.
Andai Itu Takdirnya 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2026 terbitan SR One Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Feroz Kader dan juga merupakan kesinambungan daripada musim pertama Andai Itu Takdirnya yang disiarkan pada 2023.
Andai Itu Takdirnya 2
Sebuah Karya Siti Rosmizah
Bermula 9 Februari 2026
Isnin Hingga Khamis Pukul 10 Malam
Astro Ria Dan Strim Astro Go Serta Sooka
Sinopsis:
👉🏼Aleya nekad untuk meninggalkan Aizril kerana sudah tawar hati, namun takdir menemukan mereka semula apabila Aleya terlibat dalam kemalangan yang melumpuhkan tangan kanannya. Keikhlasan Aizril menjaga Aleya sepanjang tempoh pemulihan membibitkan semula rasa cinta di hati wanita itu.
Namun, kebahagiaan mereka diuji apabila syarikat Syed Abbas berdepan krisis kewangan. Demi menyelamatkan syarikat bapanya, Aizril tersepit apabila Sharifah Azreen menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya. Aizril merayu agar Aleya menerima poligami, namun Aleya tetap dengan pendiriannya dan memilih jalan penceraian.
Kredit: Bambam Studios, Astro Malaysia, Siti Rosmizah One Sdn Bhd





Comments
Post a Comment