Sumpahan Jerunai

 


SUMPAHAN JERUNEI (2023) : DAH ELOK DUDUK RUMAH SIBUK NAK MASUK HUTAN!



Dir : Jason Chong

Genre : Masuk Hutan je Sesat

Origin : Lucy dan Sabri

SINOPSIS :

Bee (Uqasha Senrose) yang mungkin nama sebenarnya ialah Jayakobee asyik nak masuk hutan sebab nak kaji sejarah Jerunei. Dia ajak Dr Sani (Bront Palarae) tapi Dr Sani tak nak pergi sebab tak nak terlepas final Family Duo.

Bee ajak geng lain iaitu Arjuna (Syafie Naswip), Hana (Daiyan Trisha) dan pencari hantu terkenal, Tommy (Amerul Affendi), seorang copy ori Solo Ambush kategori bawah 55 kilogram.

Sampai di sana, Dr Sani dah sampai dulu pulak. Konon suprise la tu tapi Bee tak suprise pun. Padan muka.

ULASAN :

1. Ada yang tanya aku, antara filem ni dengan Pulau, mana best?

2. Aku jawab kalau nak tengok pesta seluar pendek, mesti la Pulau yang best sebab pelbagai variasi seluar pendek diperagakan hasil tajaan jenama Cikelon dari Pusat Pakaian Hari-Hari.

3. Tapi kalau nak jadi pandai sikit, soheh la filem Sumpahan Jerunei ni lagi best. Soalannya, kenapa jadi pandai bila tengok filem ni?

4. Camni. Zaman dulu sekolah menengah masa belajar Sains, ada satu peralatan makmal ni namanya Buret.

5. Pertama kali tengok perkataan ni dalam buku teks, aku macam, ah sudah, camana nak sebut ni sambil tersengih tengok kawan sebelah yang tersengih jugak sebab soheh dah terbayang tempat keluar tahi.

6. Sehinggalah cikgu Sains menyelamatkan kami dari lembah kegelapan dengan menerangkan apa maksud perkataan Buret lantas kami memahami Buret dalam konteks Sains yang tak ada kena mengena dengan kunyit hidup.

7. Seperti perkataan Buret, berbalik kepada filem ni, siapa je yang rajin nak tahu atau peduli apa maksud Jerunei tu kalau takde yang bagitahu?

8. "Burung Jerunei kot..." kata kawan aku yang takde mood nak Google bila aku tanya sebab tengah sugul awek dia sidai bluetick dah enam jam.

9. Untuk itu, satu benda yang aku suka pasal filem ni ialah, ia berpendekatan pembelajaran responsif dalam menyampaikan ceritanya.


10. Maksud aku, ambil contoh senang filem Malbatt : Misi Bakara. Dalam filem tu tak berceramah pun apa benda Malbatt tu tapi ia cukup kuat menyampaikan pembelajaran responsif hingga mencambahkan perasaan ingin tahu penonton sama ada ketika, sedang atau selepas menonton.


11. Bermakna, penonton menyerap filem Malbatt tu sebagai wadah ilmu walaupun ia dalam konteks hiburan.


12. Macam tu jugalah dengan Sumpahan Jerunei ni. Ia tak la secara direct bagitahu apa benda Jerunei, tapi ia sekurang-kurangnya ia mendetikkan rasa nak tahu yang Jerunei tu ada kena mengena dengan Sarawak dan Melanau.


13. Sebab tu secara responsifnya, aku menonton filem Sumpahan Jerunei ni dalam mood pendidikan, seolah aku berada di rumah Cikgu Suraya menghadiri kelas tuisyen 'khas', Makna Buret dan Sejarah Jerunei.


14. Cuma secara responsifnya aku rasa sayang sebab impaknya kurang reaktif, tak macam Malbatt.


15. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab watak Archeologist tu pakai sunscreen brand Wardah terlebih hingga beliau tak terasa Archeologist sangat. Sebab aku ada baca komen yang kondem, apa la susah-susah lawa-lawa masuk hutan nak kaji bagai, library kan banyak!


16. Dan benda ni pengarahnya macam dah agak dah akan berlaku bila secara sinikal dia buat watak Tommy, content creator kemaruk view yang tak peduli sangat pasal sejarah atau fakta.


17. Cuma yelah, dah inikan filem, rakyat mahu hiburan, bukan TV Pendidikan. Dah rakyat nak CGI lawa, kena bagi la CGI lawa. TAPI yg Jadi macam kartun...


18. Sebab kalau rakyat tak rasa terhibur, macamana nak ada minat pasal Jerunei? Baik habiskan masa menonton video Cara Masak Ayam Bali oleh Khairul Aming kata netizen. Rasanya ramai tak habis tengok sebab sound audio dia ke laut. Tak dengar clear.


19. Apa pun aku suka sebab banyak babak siang. Tak la kecik mata aku nak beza mana satu setan, mana satu orang selain dari babak Hana mandi lumpur dan scene gore Arjuna!


20. Kesimpulannya, pepatah lalu ada mengatakan, "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China." Pepatah filem ni pulak, "Tuntutlah ilmu sampai ke dalam hutan."


21. Aku akhiri dengan serangkap pantun,


"Uqasha Senrose rebus keledek, filem ni ada Ruminah Sidek."

Comments