Sinopsis:
Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya.
Syed Mirza (Datuk Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan.
Namun, kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong.
Syed Mirza mempunyai perniagaan hotel, Sharifah Qaidah turut membantu Syed Mirza, tetapi dia lebih pentingkan Yayasan dan Persatuan yang dia sertai. Terlalu sibuk dengan perjumpaan bersama Datin dan Puan Sri, sehinggakan kadang kala Syed Mirza makan bersendirian di rumah. Kalau dilihat pada raut muka Syed Mirza, nampak kosong bila Sharifah Qaidah 'membebel' tentang perniagaan atau urusan anak- anak mereka.
Imani ( Nur Fazura) pekerja di syarikat Syed Mirza. Seorang pekerja yang cantik dan bijak, tetapi dia mempunyai masalah rumahtangga. Dia mangsa keganasan rumahtangga, seringkali dipukul oleh suaminya, Amin ( Fadlan Hazim). Amin ni jenis suami panas baran, dia tak kisah datang ke pejabat isterinya, bergaduh di depan rakan sekerja isterinya, naikkan tangan untuk memukul isterinya. Teruk Imani dipukul suami, tapi dengan mudahnya dia memaafkan suaminya. Sang suami menangis minta maaf katanya tak sengaja, dia boleh maafkan Amin, dah lupa yang dia menangis minta Amin berhenti pukul dia, lupa yang dia kena tampar, sepak terajang dengan Amin.
Bila seringkali membela Imani, Syed Mirza akhirnya jatuh Cinta dan berkahwin secara senyap dengan Imani Tanpa pengetahuan Sharifah Qaidah yang senang dengan Imani dan menganggapnya sebagai adik.
Dalam pada masa yang sama, Batrisya bercinta dengan Khairullah Anak penjual ikan di pasar Sarina. Hubungan mereka tidak direstui oleh Shariah Qaidah kerana mereka berbeza status. Khai menikahi Batrisya secara senyap2 di London
Suatu hari, Syed Mirza mengalami serangan jantung ketika di airport utk berjumpa dengan Sya yg kahwin senyap2. Namun Syed Mirza meninggal Dunia. Terbongkarlah Satu demi Satu rahsia yang disimpan Syed Mirza. Sharifah Qaidah tidak menyangka hubungan Imani dan suaminya apabila Imani hadir ke Majlis pengebumian dengan anaknya dan mengucup jenazah Syed Mirza. Tidak habis kejutan dengan Imani, Qaidah dikejutkan dengan latar belakang Khai apabila ibunya Sarina muncul di rumah. Semua tidak menyangka Khai mengahwini adiknya sendiri. Sya dan Khai terpaksa dipisahkan walau mereka tidak rela. Sya terpaksa mengugurkan bayinya. Konflik bertambah tegang apabila Imani menuntut harta Syed Mirza. Qaidah cuba sedaya upaya mempertahankan haknya dan anak2. Dalam dia Qaidah juga mempunyai hubungan dengan lelaki muda. Tambah mengejutkan lagi lelaki muda tersebut adalah kekasih anaknya.
Drama ini jalan ceritanya laju, terus tunjuk masalah yang dihadapi setiap watak. Apa kesudahan drama ni?
Pelakon
- Che Puan Sarimah - Sharifah Qaidah
- Adi Putra - Mirza
- Nur Fazura - Imani
- Nabilah Huda - Sarina
- Sophia Koshka - Sharifah Bahiyah
- Aedy Ashraf- Khairullah
- Nadia Brian - Sharifah Baiyinah
- Hannah Delisha - Batrisha
- Fadlan Hazim - Amin
Comments
Post a Comment