Hello, Saya Anak Uncle

 

Assalamualaikum, Saya Anak uncle!

Dalam drama ni Amanda pegang watak Cici@Ciara, Seorang Anak yang tak pernah dapat kasih saya seorang bapa haaa.. Cute gila cerita ni. 

Nak tahu apa jadi kat Ciara ..? Tengok jangan tak tengok ok


▶️ #HelloSayaAnakUncle -> Setiap Ahad -> 9malam di TV3!

Sinopsis:

Dr. Suhael (Izzue Islam), seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengucar-ngacirkan hidupnya.


Ayahnya bersekongkol dengan bekas isterinya untuk membiarkan Ciara dijaga oleh Suhael kerana Sarah (Aprena Manrose) mengikut suaminya ke luar negara dan terpaksa meninggalkan Ciara disebabkan Ciara akan mula persekolahan darjah 1.


Dia merasakan dunianya gelap, hidup yang dulunya bebas dan tidak terikat dengan komitmen kini telah dibebani dengan tanggungjawab sebagai ayah! Kehadiran Ciara telah menggugat posisi Mira (Raden Zaharatul) sebagai teman wanita Dr Suhael.


Setiap hari, pelbagai cara yang Mira lakukan di depan Ciara untuk memastikan bahawa Ciara sedar akan posisinya di hati Dr Suhael. 


Namun kemunculan Cikgu Wawa (Zara Zya) yang merupakan guru sekolah Ciara juga menjadikan Mira semakin membara. Berjayakah Mira menyisihkan posisi Ciara sebagai anak? Adakah kehadiran Ciara hanyalah satu 

bebanan?

Lakonan:

@izzueislam

@zarazya

@rania.amandaaaa

@mrsaprenamanrose

@radenzaharatul


Arahan Idora Abdul Rahman

Terbitan Creative Skill Solution



Comments