Filem Air Mata Di Hujung Sajadah

 


"AIR MATA DIUJUNG SAJADAH" review..panjang aku bagi. PUASSSSS!.. 😭😭😭 Kental hati manusia ni lain. KO KENA FEEL SENDIRI by watching your own not listening to them n mine also.

Korang..Hujung minggu ni bawak ler bini & laki memasing tengok movie ni...yg single2 pun blh jugak ko tetap akan layan.. Aku last tengok movie indo rasanya 10 tahun lepas.Sumpah sedih!!!Ko control camne pun mmg akan tumpah jugak airmata..spoiler sikit2 je ya..

Sinopsis:

Aqilla (Titi Kamal) melahirkan bayi dari pernikahan yang tidak direstui oleh Halimah (Tutie Kirana), ibunya. Setelah suami Aqilla meninggal kerana kemalangan, Halimah membohongi Aqilla bahawa bayinya meninggal ketika dilahirkan. Tanpa pengetahuan Aqilla, Halimah memberikan cucunya kepada pasangan yang sudah lama berkahwin namun belum mempunyai anak, iaitu pasangan Arif (Fedi Nuril) dan Yumna (Citra Kirana). Bayi itu dinamakan Baskara, maksudnya: cahaya. Sesuai dengan namanya, kehadiran Baskara (Faqih Alaydrus) membawa kebahagiaan bagi seisi keluarga Arif dan Yumna.

Tujuh tahun kemudian, Aqilla mengetahui bahawa anaknya masih hidup. Dia bertolak dari kehidupannya yang hampa di London untuk menjemput masa depan barunya. Akankah Aqilla sanggup merebut Baskara dari Yumna yang sudah merawat dan membesarkannya selama bertahun-tahun? Sementara itu Yumna merasa bersalah kerana telah mencuri satu-satunya kebahagiaan Aqilla. Siapakah yang lebih berhak menjadi ibu Baskara?

• Conflict start bila ibu Qilla tak restu hubungan ngan mamat pelukis..so kawen lari...suami dia baik,rajin n sgt penyayang cuma nasib tak menyebelahi diorang.

• Qilla bersalin..mak dia take incharge. Serahkan baby pd pasangan tak boleh ada anak and diarah pindah jauh.Qilla dberitau kekonon anak dia meninggal masa lahir..

• Ibu Qilla sakit tenat & decided bgtau jugak si Qilla situasi sebenar ..thennnn...bermulalah segalanya..

•Keterdesakan sorang ibu yg terpisah dgn anak selama 7 tahun..& keterpaksaan pasangan yg janji jaga anak ni sampai terlanjur sayang..sesak dada menahan sebak memahamkan perasaan dua2 "ibu"..aku yg lelaki pun touching.Tipu ler tak meleleh airmata.


• Soundtrack yg menusuk by Yuni Shara ~ Sepi..mmg kena timing dia..Masuk plak lagu Dawai by Fadhilah Intan...runut bunyi yg tak menutup dialog2 yg sedap didengar..byk jugak nasihat2 ketuhanan kat situ..10min awal aku dah berair mata..haihhhh..cinematography cantik..simple je sebenarnya tapi make up,color & persekitaran.mmg on point utk mood sedih tu.


• Sgt bijak setiap scene ke scene n tak bosan walau byk dialog panjang.Sesuai movie ni utk yg berjiwa mak2..pasal anak kot..siapa tak koyak,kan?


• Total abam bg 8/10... mana lagi 2?..ending boleh sharpen n menyentap lagi sebab feel rabak berderai air mata tu tgh kemuncak then terpotong kat ending... rushing sgt nak ke ending tu maybe timing kot..connection antara watak boleh diluaskan lagi especially husband & wife yg jaga anak tu. Bonding time dgn budak tu yg aku rasa tak kuat sgt nak bg feel lagi movie ni.


Admya

Jika kisah Amir Yang terpisah dengan ibu angkat Dan meninggal selepas didera ibu kandung pasti lagi berderai air mata

Comments