Akhirnya di channel tv3
Sebuah drama bersiri yang memaparkan bagaimana wartawan akhbar masa kini merungkai kes-kes jenayah berprofil tinggi yang benar-benar berlaku di Malaysia.
▶️ #MetroCrimeSeries -> Khamis-Sabtu -> 9malam di Slot Lestary.
Siri Tonton Original terbaharu yang berjudul ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’ membawa jalan cerita yang diinspirasikan dari kes jenayah berprofil tinggi yang pernah terjadi di tanah air. Drama arahan Megat Sharizal dan Faizul A Rashid ini menampilkan lakonan Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks dan Mustaqim Bahadon.
Episod: 10
Tarikh Tayangan di tonton: 6 Julai 2023
Tarikh Tayangan di tv: 15 jun 2024
Sinopsis:
Siri ini berkisar kematian Syerinie yang telah dibunuh dengan kejam. Fatema (dilakonkan oleh Zahirah Macwilson), seorang wartawan Harian Metro, berhasrat untuk membuat liputan bagi kes yang menggegarkan negara ini. Namun, permintaannya tidak diluluskan oleh editornya. Sebaliknya, liputan ini ditugaskan kepada rakan sejawatnya, Rozimi (dilakonkan oleh Aloy Paradoks).
Fatema sememangnya seorang yang panas baran. Maka tidak hairanlah yang dia telah membuat keputusan untuk melanggar arahan dan bekerjasama dengan Rozimi.
Temu bual bersama saksi kejadian telah membawa kepada penemuan butiran yang telah dikaburkan oleh pihak polis. Menurut saksi, dia ada terlihat seorang lelaki yang mungkin adalah pembunuh Syerinie.
Hanya Fatema dan Rozimi yang melaporkan tentang kelibat lelaki misteri ini. Perkara ini memberi kelebihan kepada Harian Metro.
Pada keesokan harinya, suspek utama telah ditahan. Namun, jejaka tersebut bukanlah lelaki yang dilihat oleh saksi kejadian. Maka, soalan yang perlu diselesaikan menerusi 10 episod siri ini adalah: ‘Siapa Lelaki Itu?’
Comments
Post a Comment