Misi Anak Bulan



Istimewa sempena Raya Aidilfitri ini mini siri raya #MisiAnakBulan Nantikan okay pada hari raya Kedua 

#MisiAnakBulan -> 4-8 Mei, Rabu- Ahad (Raya Kedua-keenam) -> 6:00 petang hanya di TV9!

▶️ Saksikan TV9 di Astro 149, myFreeview 109 dan Tonton.


Sinopsis:
 Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Aiman, yang terpaksa mengikuti ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila beliau melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. Pada mulanya mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman, tetapi setelah Aiman memberitahu mereka yang Aiman memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja dan mahu berkawan dengannya. Ini adalah kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung yang jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.

Pelakon:

Datin Paduka Eina Azman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza, Idris, Aiman Abdul, Ali Aiman dan Nur Dania Miazara. 

Comments