MAWAR DAHLIA (2025)
Pengarah : Shamsul Akmal Asmoni
Sinopsis
Mengisahkan sepasanb kembar seiras, Mawar dan Dahlia ( Wanna Ali) yang terpisah sejak disebabkan suatu peristiwa. Mawar di jaga oleh ayahnya, dan kini sudah berkahwin dengan seorang duda anak satu. Mawar berjaya dalam hidup, ada butik sendiri.
Manakala Dahlia di jaga oleh ibunya, hidup dalam pelarian, dikejar samseng, malah hidup susah setelah bapa tiri Dahlia masuk penjara. Nak tunjuk susahnya hidup Dahlia, keje biasa- biasa je tapi kena tanggung kos perubatan mak dia. Suatu hari, Dahlia bertemu dengan Mawar, bawa Mawar jumpa ibu mereka. Ibu mereka buat satu permintaan yang mengejutkan, minta rahsiakan perjumpaan mereka dari ayah kandung mereka, dan minta Dahlia bertukar tempat dengan Mawar untuk seketika, bagi Dahlia bertemu ayah mereka.
Dah lima episod, perkembangan cerita agak lambat. Dan saya paling menyampah la cerita isteri orang duk memadu kasih dengan cinta pertama , yakni bukan suami sendiri. Tau la suami Mawar tu CEO, sibuk orangnya tapi tu bukan lah lampu hijau untuk dia keluar bersama cinta pertama dia. Kalau dah rasa tak nak, dah letih dengan suami yang sibuk bekerja, berbincang la, bukan merajuk pastu jumpa laki lain, buat tambah dosa je. Yang mak dia pun satu hal, dah tahu Mawar tu dah kahwin, buat apa la minta diorang dua tukar tempat. Macam dungu je maknya π.
Mungkin lepas ni ada plot twist agaknya cuma lambat sikit la plot twist nya nak muncul. Saya memang suka tengok cerita melayu, tak kisah sapa berlakon pun, saya tengok dan akan buat ulasan π. Yang saya suka, Dahlia ada kawan baik walaupun kawan dia tu buat kerja jenayah, dia sanggup selamatkan Dahlia dari jadi mangsa penjenayah.
Penonton takkan keliru nak kenal Dahlia dan Mawar kerana fesyen rambut dan perwatakan diorang berbeza. Cuma pelakon dalam cerita ni je la keliru dengan Dahlia dan Mawar π π€£ sebab diorang tak tau Dahlia dan Mawar ni kembar.
Lakonan pelakon bagus. Ada sesetengah pelakon dalam ni, lupa pula saya nama diorang, tapi kerap tengok dalam drama lain, berjaya bawa watak dengan baik. Oh ya, dua orang lelaki dalam drama ni berlakon dalam drama Lambaian Huda. Maaf tak ingat nama diorang dua.
Comments
Post a Comment