Filem Jilake



 filem 6 JILAKE arahan Aziz M. Osman, yang diterbitkan oleh Eartistic Sdn Bhd.


Dibintangi oleh Amerul Affendi, Bell Ngasri, Saiful Apek, Kazar Saisi, Asmidar, Kamarool Yusof, Laura Olivia, Wan Gegau, Wan Raja, Mamak Puteh, Jalil Hamid , Remy Ishak, Ayda Jebat dan ramai lagi.


Sebuah karya berbeza, yang pernah diarahkan Aziz M Osman. 6 JILAKE digarap dengan pelbagai elemen menarik, yang mengambil inspirasi daripada filem 6 Jahanam, arahan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.


"6 Jilake adalah inspirasi filem 'koboi' lama yang mana sekumpulan penjahat mahu menguasai sebuah perkampungan. Kemudiannya, penduduk mengupah pendekar untuk mempertahankan kampung.


"Perkataan 'jilake' sebagaimana kita ketahui slanga yang agak popular dalam kalangan generasi muda. Selain itu, nama ini adalah alternatif kepada tajuk filem 6 Jahanam arahan dan lakonan Allahyarham P Ramlee.


"Jadi, secara ringkasnya saya mengambil inspirasi dan elemen 6 Jahanam ditukarkan kepada 6 Jilake. Mungkin filem ini boleh ambil berkat daripada karya P Ramlee," katanya kepada BH Online.


Filem ini mengisahkan tentang Sekumpulan samseng yang dikenali sebagai 6 JILAKE. Mereka berenam diupah oleh Syarikat Dutch East India di abad ke 18, untuk mengawasi kawasan perlombongan biji timah. Termasuklah Kampung Ketayap, kerana kampung itu di percayai menyimpan harta yang berharga. Tetapi seorang individu bernama Sikuping, melindungi dan menentang samseng tersebut.


Akan mula ditayangkan pada 24 April 2025...!!!


#FilemTerkiniBraderFilem

Comments